15

GLAM (Malaysia) - - Kalendar -

Seni, muzik, makanan dan idea dikumpulkan dalam satu pesta yang semakin mendapat perhatian global malah sudah menjengah tahun ke tiga. Pesta Wonderfruit ini berlangsung selama empat hari bermula 14 Disember sehingga 17 Disember 2017 di Pattaya, Thailand. Pesta ini unik bukan kerana elemen muziknya semata-mata tetapi turut menerapkan ‘Give Back to the Earth’ dengan menanam hutan paya di Myammar menggunakan hashtag kempen #wewillkeepwalking dan pelbagai lagi acara yang mencuri minat media dunia.

Masterpieces of the Middle Ages

Empayar Byzantine atau empayar Greek ini sememangnya mewah dengan permaidani indah, kaca berwarna, dan khazanahnya yang melimpah ruah dengan hasil bumi emas dan perak menjadikannya terkaya di luar Eropah. Pameran yang berlangsung di The Metropolitan Museum of Art ini mempamerkan perjalanan daripada awal Kristian sehingga bangkit zaman Renaissance, malah bagaimana wujudnya mahkamah imperial, istana diraja mahupun gereja Gothic!

Pameran opera yang menyentuh sentimen Passion, Power dan Politics menjejaki penceritaan permulaan late-Renaissance Italy hingga kini dengan kerjasama The Victoria & Albert Museum dan The Royal Opera House, London. Pameran berakhir pada 25 Februari 2018 ini membawa anda meniti perjalanan hampir 400 tahun yang lalu malah menyaksikan draf sebahagian dari autograph score Wolfgang A. Mozart, hasil karya lukisan Edgar Degas, Patrice Schmidt, Pavel Filonov, dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.