RETORIK

Rakyat Malaysia Gagal Perangi Nafsu Makan

GLAM (Malaysia) - - Retorik - NANA AL-HALEQ

ADALAH PERSONAL TRAINER TERKENAL TANAH AIR DAN PAKAR DALAM BODY SCULPTOR. SUZIEADNAN@BLUINC.COM.MY SILA E- MEL PENDAPAT PERIBADI ANDA KEPADA glass ini dianggap beruntung. Jadi untuk merealisasikan tubuh idaman mereka, saya harus memberi teknik-teknik senaman yang khusus untuk mendapatkan bentuk badan hour glass yang diidamkan itu. Mereka yang berpunggung leper mahu punggung anjal dan terletak, jadi ada jenis senaman yang dikhususkan pada bahagian ini.

Tetapi saya harus lihat sendiri bentuk punggung klien saya. Ada orang leper di tengah dan isi jatuh ke bawah, ada orang punggung leper di tepi tetapi bahagian tengah ada isi. Jadi setiap bahagian ada senaman yang tertentu untuk mendapatkan punggung yang bulat dan tegang. Kalau ditanya permintaan paling banyak dari client rata-ratanya mahu seperti badan Kim Kardashian dengan pinggang secekak dan punggung besar, anjal serta terletak. Dan jika anda perasan ramai influencers di Instagram dan beberapa artis yang memiliki pinggang kecil dan pinggulnya besar dan bulat. Saya sebagai personal trainer saya akan tahu punggung seseorang itu bulat kerana senaman atau melakukan surgeri. Misalnya letak filler atau fat transfer.

Permintaan tubuh berotot juga masih banyak kerana ramai wanita yang mahu dilihat kuat dan senang dengan tubuh sedemikian. Bentuk tubuh yang diidamkan ini begitu subjektif, ada yang komen di Instagram saya mereka geli melihat badan berotot tetapi ada pula yang komen ‘ wow body goal’. Jadi semuanya bergantung selera dan cita rasa individu.

Tetapi apa saya perhatikan, rakyat Malaysia susah untuk mengawal nafsu makan mereka. Saya faham kerana makanan di Malaysia is so heaven! Mana ada negara yang memiliki variasi makanan seperti di tempat kita? Saya sendiri akui, kita gagal memerangi nafsu makan. Klien saya rata-ratanya akan tewas dengan nafsu makan. Mereka cemerlang dengan aktiviti work out yang diberi, tetapi apabila bab makanan mereka gagal. Sedangkan pengaruh senanam itu hanya 30 peratus sahaja daripada berat badan kita manakala 70 peratus lagi terletak pada corak pemakanan kita. Dalam diet harian kita kena lebihkan protin dan paling sedikit adalah pengambilan karbohidrat. Banyak jenis diet yang boleh diamalkan. Ada Keto diet, ada Atkins diet dan semua diet jelas menyatakan kurangkan karbohidrat atau ada yang terus memotong senarai karbohidrat dari menu.

Bagi saya bab makanan ini, kena berbalik kepada pemakanan seimbang. Lebihkan sayur-sayuran hijau, protin dan ambil karbohidrat dalam kuantiti yang kecil. Saya akui karbohidrat masih diperlukan tetapi kawal pengambilannya. Ini kerana karbo memperngaruhi hormon kita juga. Cuba kita makan pencuci mulut, seperti coklat sudah tentu kita berasa gembira. Jadi apabila tubuh kurang karbohidrat kita akan berasa lesu dan cepat marah. Untuk menggantikan atau mengawal perasaan itu cuba ambil lemak yang baik untuk tubuh seperti minyak zaitun, keju, minyak kelapa ikan salmon, ikan kembung dan banyak lagi.

Tahukah anda sayur-sayuran hijau dapat membantu memecahkan lemak-lemak di celah-celah paha? Oleh kerana itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau. Nasihat saya jika anda mahu berdiet, jangan terburu-buru. Orang kurus kerana diet ada kecenderungan untuk gemuk semula. Jadi saya syorkan amalkan pola pengambilan makanan yang sihat dan jangan sekadar obses mahu kurus. Gaya hidup sihat termasuklah mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan ini membantu anda mengekalkan kesihatan yang baik sekaligus mendapat tubuh idaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.