VINTAGE ROMANCE

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Nama Maria Bernad sudah tidak asing lagi dalam suara-suara blog fesyen khususnya dalam menampilkan estetika gaya up-to-date yang diselit asksen vintaj. Ini kerana sejak kecil lagi dia sudah menyelami dunia vintaj menerusi koleksi pakaian ibu dan neneknya. Selain mengendalikan blog menghimpun stail peribadi, menjadi pengasas bersama label Les Fleurs merupakan simbolik cinta Maria terhadap pre-owned fashion dan menaikkan semangatnya untuk mengembangkan aura malar segar dalam dunia fesyen. Wanita kelahiran Valencia a berusia 21 tahun ini juga kreatif dalam seni dan reka bentuk fesyen bahkan pernah bekerja bersama syarikat jenama mewah seperti Chanel dan Dior. HANYA BERKEMEJA KOTAK- KOTAK DAN SELUAR POLOS, MARIA MENYERLAHKAN AURA VINTAJ

MARIA SENANG MENGGABUNGKAN HELAIAN BERPOTONGAN BESAR LANTAS MENCIPTA STAIL BERLAPIS YANG RELAKS

PADANAN KEMEJA BERMOTIF DAN KACA MATA CAT EYE MENYERLAHKAN SISI KLASIK MARIA BERNAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.