DUNIA ‘THE ART OF FUSION’

Keberkesanan moto yang menjadi identiti kepada jenama hublot sehingga mencorakkan sistem dalam inovasi, perkembangan rekaan, jenama hingga kolaborasinya. Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, Ricardo Guadalupe berbicara mengenai idea di sebalik serta sasaran Hu

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Definisi baru Hublot bukan sahaja menjelmakan jam tangan yang baru untuk pasaran namun lebih daripada itu. Untuk melahirkan sesuatu rekaan perlu diselitkan dengan elemen yang berinovasi tinggi serta mampu mencetuskan evolusi dalam pembuatan dunia horologi. Mengimbas kembali tahun 1980 dimana jenama ini merupakan jenama pertama yang berjaya ‘mensenyawakan’ emas 18 karat bersama getah asli. Ini merupakan ‘ fusion’ pertama Hublot dalam keberkesanan menghasilkan rekaan daripada bahan mewah bersama material moden. Sejak itu muncul beberapa bahan yang lebih unik dan eksklusif dan ada juga yang dipatenkan. Aloi yang diberi nama Hublonium, King Gold, Magic Gold, bahan asas nilam hingga penggunaan bahan fabrik inilah mencetuskan idea pengenalan kepada ‘The Art of Fusion’ oleh Pengerusi Hublot, Jean-Claude Biver dan Ricardo sendiri pada 2004.

Memewahkan bahan getah nyata bukan mudah. Sifatnya yang berbau pernah menyebabkan Hublot memberhentikan penghasilan jam tangan buat sementara waktu. Penemuan kepada suntikan sempurna buat getahnya diaplikasikan hebat hingga kini. Kata Ricardo, menjadi jenama hijau perlu lebih berani berdepan risiko dan tidak goyah dengan masalah yang mendatang. Setiap hari perlu disuntik semangat baru hingga setiap masalah diselesaikan demi mencorak revolusi baru. Seperti penemuan seramik dalam jam tangannya. Sifatnya yang keras tapi mudah pecah ditangani dengan bijak hingga kini beribu permintaan telah dihasilkan daripada bahan ini.

Memandangkan pasaran jam tangan ada turun naiknya, terutamanya pasaran China, ini turut memberi cabaran kepada Hublot. Walau bagaimanapun, Hublot masih teguh berdiri setanding jenama lain. Fokusnya pada pembuatan bahan bermutu tinggi berbanding kuantiti serta kolaborasi bersama sukan bola sepak serta Ferrari mengukuhkan penjenamaannya. Tahun 2017, antara tahun bertuah apabila berjaya menduduki ditangga kelima dalam lapangan arlogi. Harapan Ricardo adalah bekerja lebih kuat, mencipta inovasi baharu, menyelongkar material baharu, meneroka potensi terutamanya dalam pembuatan jam tangan wanita serta menembusi semula pasaran China disamping menarik penggemar muda. Ini adalah untuk membolehkan Hublot berada ditangga ketiga pada tahun akan datang!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.