RUTIN AWET MUDA BERMULA HARI INI

Rahsia kepada masa depan kulit terletak dalam tujuh kelalang eksklusif ini. Future Solution LX antara sistem antipenuaan paling berkesan untuk kulit wanita masa kini.

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Extra Rich Cleansing Foam E (125ML), R230 Pencuci wajah ini tidak mengeringkan, malah ia mengimbangi kelembapan kulit selain membuang segala kekotoran. Sambil mencuci, urut muka dengan lembut. Dipakai siang dan malam, produk ini memerap kulit untuk rutin kecantikan yang seterusnya.

Concentrated Balancing Softener E (170ML), RM410

Softener ini perlu dipakai siang dan malam, sebaik selesai membersihkan wajah. Ia mengandungi formulasi eksklusif 4MSK dan TMG yang bertindak merawat kulit kasar dan kontur tidak sekata. Ia juga mencipta glow lantas tampak wajah lebih cerah dan tekstur bertambah halus.

Total Protective Cream E (50ML), RM1,110

Mengandungi Premium Sansho Extract, krim inI melindungi kulit daripada setiap faktor luar yang merosakkan seperti kekeringan, cahaya UV serta proses oksidasi. Ia menyokong kulit agar terus memperbaharui sel lalu membuatkan kulit muka terus segar sepanjang hari.

Total Protective Emulsion E (75ML), RM1,100

Emulsi ini memastikan kulit anda terus lembap dan cerah sepanjang hari. Gunakan pada waktu pagi, hanya dua butir mutiara untuk disapu ke seluruh muka. Pastikan anda memakainya selepas aplikasi Concentrated Balancing Softener E.

Regenerating Cream E (50ML), RM1,200

Produk ini amat

Total

berkesan kerana ia memiliki amaun paling tinggi formula SkingenecellEnmei Complex. Ia dipakai sebelah malam, selepas aplikasi Concentrated Balancing Softener E. Ambil dua butir menggunakan spatula dan sapu pada wajah. Krim ini mula bertindak sewaktu anda tidur.

Eye & Lip Contour Regenerating Cream E (17ML), RM590

Pakai pada waktu pagi, sebelum aplikasi produk yang mengandungi pelindung UV. Pada sebelah malam pula, produk ini seharusnya menjadi yang terakhir dalam rutin. Keberkesanannya terserlah apabila kondisi kulit yang kusam berubah cerah, lingkaran gelap juga makin berkurangan.

Intensive Firming Contour Serum (50ML), RM1,200

Menggunakan teknologi SkingenecellEnmei, bahan-bahan botanikal Jepun jelas berkeupayaan merawat kulit agar terus anjal dan hidrasi. Ujian percubaan siang dan malam dilakukan oleh 101 orang wanita dan seramai 97 peratus daripada mereka berkata produk ini

berkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.