SENTUHAN EMAS MARCO CASTRO

Jurusolek antarabangsa Nars ini berkongsi asas SOLEKAN DAN TIP MAKEUP TERBAIK BUAT WANITA MODEN.

GLAM (Malaysia) - - Glam Cantik -

Memang bertuah sekali tatkala editorial solekan bulan ini mendapat sentuhan jurusolek masyhur yang mana hasil kerjanya pernah disiarkan dalam majalahmajalah terkemuka seperti Vogue, The Face hinggalah ke New York Times. Marco Castro bukan nama asing dalam arena seni solekan di gelanggang antarabangsa. Berasal dari Peru, jurusolek profesional ini sudah lebih 15 tahun berkolaborasi bersama François Nars. Castro juga sering dilihat sibuk di belakang pentas untuk Minggu Fesyen saban musim selain kerap diundang untuk mencipta solekan buat kempen-kempen fesyen dari label ternama. Dikenali dengan estetiknya yang mengangkat glamor bersama minimalisme, Castro menjadi permintaan jurugambarjurugambar serta pengarah-pengarah filem hebat dunia seperti Pedro Almodovar serta Spike Jonze. Suzie Adnan berkesempatan menemu ramah jurusolek hebat ini. Siapa ikon generasi baru? Saya kagum melihat Lily Rose Depp. Dia memang semulajadi cantik, ibu bapanya pula sememangnya berbakat besar dan ternama. Gadis ini cukup bijak dalam merencana masa depan kerana dia pastikan dirinya dikelilingi dengan individu-individu yang boleh melonjakkan reputasinya. Lily Rose Depp bijak membuat pilihan dan saya pasti masa depannya amat cerah.

Apa pendapat anda dengan lambakan tutorial solekan yang ada hari ini?

Bagus sekali jika anda ada inisiatif untuk bereksperimen dengan solekan. Eksplorasi ini mungkin boleh memberi ilham baru pada anda untuk look seterusnya. Namun kita perlu faham dengan kontur wajah sendiri, tona kulit dan sebagainya. Gaya solekan yang lebih berani seperti pembayang mata rona terang contohnya lebih sesuai dengan wanita muda. Jadi berhati-hatilah dengan pilihan alat solek jika usia juga melangkaui 25 tahun. Tidak semuanya tampak elok jika tidak kena gaya. Saya kagum pada wanita yang dambakan kelainan. Dan jikalau gaya satu-satu solekan itu compliment gaya hidup anda, mungkin itu adalah yang terbaik. Bagi saya, kebanyakan wanita pasti kelihatan elegan apabila mengenakan gincu merah dan menggayakan wingtip. Tetapi anda harus tahu bila untuk berhenti. Just do a little liner and be settled.

Lima produk asas Nars wajib dimiliki?

Aqua Glow Cushion Foundation, lipstik Jungle Red, maskara Audacious, bronzer Laguna dan pemerah pipi Orgasm. Warnawarna ini cukup klasik dan boleh digunakan sepanjang tahun. Ia neutral dan universal. Sama juga seperti baju. Ia laksana memiliki sepasang gaun hitam asas dalam wardrobe yang boleh digunakan siang atau malam, sepanjang tahun!

Tip solekan untuk cuaca panas dan lembap sepanjang tahun?

Cuaca di Asia Tenggara memang mencabar. Sukar untuk memastikan zon T tidak berminyak kerana asyik berpeluh. Selain perlu kerap minum air, saya sarankan anda berdisiplin dalam rutin penjagaan kulit muka. Rajinkan diri exfoliate, pakai pupur dan guna pelembap yang bagus. Jauhkan diri dari segala produk yang memiliki kandungan minyak atau yang terlalu creamy. Anda boleh cuba pore minimize dan primer lengkap SPF. Nars baru-baru ini memperkenalkan Aqua

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.