‘If you lose, do your parents still love you?’

GLAM (Malaysia) - - Wajah Glam -

Gimnastik boleh dikategorikan sebagai satu sukan yang luar biasa. Ini kerana bukan semua orang boleh membuat lompatan dalam pelbagai teknik. Dan hanya segelintir sahaja yang berjaya mendapatkan perfect landing atau lebih tepat dengan penilaian 10/10. Puncak kejayaan Farah Ann adalah apabila dia berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan menggondol dua butir pingat emas, satu perak dan tiga gangsa dalam sukan gimnastik pada Sukan SEA 2015 Singapura. Pada tahun ini skuad gimnastik wanita negara menuai satu lagi pingat emas di Temasya Sukan SEA KL 2017 menerusi Farah Ann Abdul Hadi selepas cemerlang di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Anak kedua daripada tiga beradik ini mula menjejak kaki ke gelanggang gimnastik pada usia tiga tahun. Kedua orang tuanya membuat keputusan untuk menghantarnya ke kelas gimnastik kerana dia seorang yang hyperactive dan suka melakukan pelbagai aksi. Ternyata percaturan ibu bapanya tepat malah dia bersyukur kerana gimnastik banyak membantu perkembangan dirinya dalam kelakukan, tindakan, pergerakan, kecergasan serta kecerdasan dirinya. Ketika itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.