19

GLAM (Malaysia) - - Kalendar Januar -

Acara tahunan ke 75 tahun Golden Globes Award bakal berlangsung di Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills, California. Bidikan demi bidikan diberi paparazzi tatkala selebriti mahupun golongan kenamaan melewati permaidani merah. Tahun 2017 pihak Golden Globes memberi kemenangan besar kepada Moonlight dan La La Land bagi Best Motion picture from drama & Musical or Comedy. Pencalonan kali ini sangat sengit untuk pelakon, pengarah, penyunting mahupun lagu original terbaik. Semua berdebar menunggu keputusanya.

Pameran Reka Bentuk dan Perabot

Setiap tahun pencinta perabot berinovasi dan reka bentuk dalaman pasti tidak akan lepas pandang pada pameran Maison et Objet terbesar di dunia ini. Penganjur sentiasa menitik beratkan perabot berkualiti tinggi dan mempamerkan reka bentuk dalaman yang menyuntik gaya hidup si pemakai. Pameran ini akan menjadi tumpuan pengunjung dari segenap pelosok dunia untuk menyaksikan seni rekaan terbaru yang hebat dan kreatif ini. Berlangsung pada 19 hingga 23 Januari di Maison et Objet, Paris. Tahun 2018 diserikan dengan agenda tahunan fesyen utamanya di kota cinta Paris yang pasti ditunggu-tunggu kelompok fesyen dunia. Sebilangan rumah fesyen berprestij pastinya tidak melepaskan peluang mewarnai Minggu Adibusana Paris ini. Acara gilang gemilang ini berlangsung selama lima hari daripada 21 sehingga 25 Januari. Dikhabarkan Christian Dior, Maison Martin Margiela, Versace dan banyak lagi bakal turut serta. Don’t Miss a Chance to watch them!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.