ANATOMI SERONOK DENGAN FUR

Berkat kehandalan artisan Fendi dalam mengendalikan fur membebaskan Karl Lagerffeld melakar rekaan kapsul terbaru yang bergelar Cioccolatino

GLAM (Malaysia) - - Glam Fesyen -

Girl skuad tampil lebih menarik dan cool dengan pemakaian jaket, cape dan vest terbaru Fendi yang digarap hasil inspirasi sampul coklat. Penafsiran semula kontemporari bulu ikonik yang direka oleh Karl sempena himpunan musim luruh/sejuk 19992000. Cioccolatino dimewahkan dengan bulu mink pada bahagia luar manakala dalamnya dilapisi dengan laminated filem perak. Kedua material ini dicantum dengan cukup sempurna oleh petukang fur yang mahir agar ia menepati nilai dualism yang dititik beratkan oleh rumah fesyen ini. Namun begitu, kehalusan perincian luar jaket ini terus diuji dengan kehadiran paten yang secara langsung mewujudkan tekstur potongan berlian tiga dimensi serta garisan piping hitam dan putih yang dilengkapi tali pinggang gancu studded untuk rekaan kot dan vest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.