Champagne powder snow

GLAM (Malaysia) - - Santai Nota -

Gembira adalah kata kuncinya. Ungkapan ini tidak pernah lekang daripada imej resort yang menawarkan servis percutian premium

Dan pastinya musim dingin adalah diantara masa yang paling dinantikan, lantaran resort yang berlabuh seluas 582 hektar di Utara Hokkaido ini menawarkan gelombang yang berbeza buat penggemar ski. Setelah mendarat di Lapangan Terbang Chitose Baru di Sapporo dengan penerbangan AirAsia, delegasi dibawa menaiki bas ke resort, dengan perjalanan yang terletak selama 90 minit. Tiba di resort, mata terpukau dengan lobi utama yang mendapat sentuhan arkitek dan pereka yang memenangi anugerah, Jean Philippe Nuel. Club Med Tomamu Hokkaido dibentangkan dengan ‘modern meets natural chic’ yang menggabungkan unsur empat musim pada keseluruhan 341 bilik, suite dan ruang legar.

Titik fokal utama aktiviti di Club Med Tomamo pastinya pada sukan meluncur ais. Lebih istimewa lokasi paling hangat ini diliputi salji paling lembut yang terkenal dengan jolokan ‘champagne powder snow’ yang terhampar seluas 145 dengan 28 cerun pelbagai tahap kesukaran. Tidak kira sama ada anda beginner, atau profesional, sesi yang ditawarkan di sini bersifat peribadi dan anda mempunyai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.