GLAM (Malaysia)

NEW COOL SHISEIDO

SEMUANYA DIPERSEMBA­HKAN DENGAN PENUH KEJUTAN, BAIK DARI SEGI BUNGKUSAN DAN SPEKTRUM WARNA. MANTERA SHISEIDO MUSIM INI JELAS APABILA VISI YOUNG, VIBRANT DAN BERTENAGA MENJADI KOD STAIL CANTIK.

-

Reality checked! Kita tidak hidup dalam dunia photoshop. Jadi jika mahu bercerita mengenai trend, pastinya pencetus stail solekan sedar evolusinya tidaklah sebesar mana. Oleh itu, perhatian seharusnya diberikan pada spektrum warna baru, kemasan olesan dan teknik solekan yang betul. Shiseido bukan satu nama baharu dalam dunia kecantikan global. Diasaskan oleh Arinobu Fukuhara pada 1872 di daerah Ginza, Tokyo, jenama ini meraih reputasi cemerlang dan diangkat sebagai salah satu jenama global yang paling berjaya. Saban tahun, penghasila­n koleksi baru seiring dengan trend sentiasa menjadi DNA utama Shiseido. Musim ini, bagaikan memecah tradisi, Shiseido tampil dengan wajah baharu yang lebih hangat. Produk bintang dibarisi oleh gincu ‘VisionAiry Gel’, pensel penggaris ‘Kajal InkArtist’, pemerah pipi ‘Minimalist WhippedPow­der’ dan penyerlah multi fungsi mata, pipi dan bibir ‘Aura Dew’. Nafas millenial dihembus pada rekaan signatur baru ini dan bisa dilihat menerusi garisan merah dengan kelalang kaca serta bekas hitam.

1. PENYERLAH M U LT I FUNGSI

‘AURA DEW’ Dicipta untuk memberikan seri pada wajah menerusi warna ultra fine rose, perak dan emas mutiara Jepun. Disuntik Enhanced Light Refractive Technology yang berfungsi untuk mengurangk­an ketidaksei­mbangan olesan lantas menyerlahk­an tona kulit. Ia mampu bertahan selama 12 jam pada kulit dan kilauannya kekal berseri. Kilauannya diinspiras­ikan daripada keindahan dan kecerahan landskap langit malam di taman botanika Kyoto serta kehangatan tenaga dan cahaya di Shibuya crossing.

PRODUK BINTANG ‘Aura Dew’ dibintangi tiga warna iaitu 01 Lunar, 02 Solar dan 03 Cosmic. Untuk efek yang sempurna, penyerlah ini boleh disapu menggunaka­n jari atau berus mata multi NANAME FUDE serta berus mata YANE HAKE pada bahagian mata.

2. PENGGARIS MATA

KAJAL INKARTIST Pensel penggaris all-in-one ini berfungsi sebagai pembayang mata dan pengisi soket mata. Ia direka dengan sifat unik pada setiap olesan. Penggaris ini kalis air mata, kalis peluh, anti comot dan tersemat kemas pada soket mata. Menarik mengenai penggaris ini, ia dilengkapi dengan pengasah, serta span pengadun. Setiap aplikasi pada mata bertahan selama 12 jam dan didatangka­n dalam 10 warna menarik yang diinspiras­ikan daripada keagungan dunia purba dan moden Jepun.

PRODUK BINTANG "Kajal InkArtist" 07 Sumi Sky dicipta sebagai warna statement. Ia menghembus ton bertenaga pada mata dan memberikan nuansa keseimbang­an untuk solekan yang elegan dan chic.

3. PEMERAH PIPI

‘MINIMALIST WHIPPEDPOW­DER’ Dicipta dengan Airfusion Technology, pemerah pipi ini hadir dengan tekstur lembut seperti mousse namun bertukar menjadi tekstur yang nipis pada lapisan pipi usai disapu. Ia ringan dan mampu bertahan pada kulit selama lapan jam. Ia boleh diulang sapu untuk menaikkan lagi seri warna pada pipi. Hadir dalam lapan warna yang menggoda dan diinspiras­ikan daripada muse Sonoya Mizuno dan Chiyoko Tazawa.

PRODUK BINTANG Pemerah pipi 'Sonoya' diilhamkan daripada muse Sonoya Mizuno. Palet warna lembut bertenaga yang membias semangat muse Shiseido yang sebenar. Cara aplikasi unik hanya menggunaka­n jari atau untuk kemasan lebih sempurna gunakan ia bersama berus DAIYA FUDE Face Duo Brush.

4. BIBIR

GINCU ‘VISIONAIRY GEL’ Gincu yang diinspiras­ikan daripada Inoui, koleksi yang dicipta untuk wanita Jepun yang berkerjaya pada 1977. Dibarisi oleh 28 warna baru dan setiap daripadany­a diinspiras­ikan daripada kota metropolis Tokyo. Kelebihan utamanya adalah ringan. Dicipta dengan teknologi Tripel Gel yang menampilka­n kombinasi agar, tanah liat dan gel copolymer. Ia membolehka­n tahap pigmen yang tinggi bersama 15 peratus kandungan air, memberikan sensasi nyaman yang berkekalan selama berjamjam usai dioles. Hasilnya, warna bertenaga, terang dan liputan berpigment­asi tinggi.

PRODUK BINTANG Gincu ‘VisionAiry Gel’ - Ginza Red (222) yang diinspiras­ikan daripada kehebatan, sensasi fesyen Tokyo pada 1916 sewaktu Shiseido membuka butik pertamanya. “Spektrum mewahnya tidak lapuk dek zaman, bersifat universal yang melengkapi setiap tona kulit." - Pengarah Global Artistry Shiseido Makeup, James Boehmer.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia