GLAM (Malaysia)

Kod Muda Mendefinis­ikan Emporio Armani

Moden dan dinamik, Emporio Armani mementaska­n sebuah koleksi yang lebih bertenaga dan berjiwa muda. Percikan warna garang dicelah-celah palet muram membuatkan koleksi ini seumpama elektrik.

- OLEH SUZIE ADNAN GAMBAR EMPORIO ARMANI

Pentas Emporio Armani dimulai dengan cukup bertenaga. Percikan warnawarna garang bak neon, nyata berkilau apabila latarnya serba hitam. Hijau dan pink antara yang menjadi warna kunci. Dari ceraian dan layering berani sampaikan ke aksesoriny­a, koleksi ini turut menyampaik­an mesej muda melalui perletakan logo Emporio Armani secara signifi kan malah ada juga model yang melewati pentas dengan paduan but koboi!

Emporio Armani menyulamka­n koleksi ini dengan pelbagai glamor sampaikan helaian siangnya seolah-olah sempurna buat penampilan malam. Namun itulah keistimewa­annya, apabila gaya di Emporio Armani tampak begitu versatil. Koleksi ini sempurna buat wanita yang inginkan sesuatu yang glamor dipakai dari pagi ke malam, glamorous 24/7.

Pantsuit semestinya item wajib di landasan Emporio Armani, namun dengan twist di mana seluar diilham senteng dengan mainan corak kotak mencipta konsep yang lebih playful. Persembaha­n lebih kasual dalam bentuk jumpsuit malas, kot-kot labuh dengan pembukaan asimetri. Tidak lupa kepada paduan klasik antara skirt sifon labuh bersama sweater mewah.

Menarik sekali melihat sebilangan look jaket yang dipotong lebar Celana di Emporio Armani juga beraneka potongan, dari kargo dari kulit dengan tektur metalik hingga ke seluar gaya cocoon dengan lisu lebar. Barisan kot-kot bulu yang tampak funky berserta skirt mini fur buat yang berjiwa berani.

Beg-beg sandang diberi penegasan simbolik dengan logo EA, begitu rangkaian wide belt yang direka bergancu besar tertera abjad EA. Penggayaan beg-beg sling serta fanny pack, semuanya bersaiz mini dan yang paling menarik sekali adalah bagaimana model 'memakai' beg kecil seumpama rantai berloket. Penggayaan skarf lilit di leher pula dijadikan pelengkap penampilan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia