Harian Metro

BALASAN SUAMI KEJAM

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diselubung­i kesedihan selepas seorang wanita memberikan keterangan impak mangsa (VIS) dalam keadaan beremosi menyebabka­n segelintir pengunjung di galeri awam menitiskan air mata ketika keputusan kes pembunuhan seorang wanita yang didera hingga maut oleh suaminya.

Umi Kalsom A Ghani, 40, yang juga kakak mangsa, Nurhidayah berkata, kejadian yang menimpa adiknya disifatkan menyayat hati apabila mangsa ditampar, dipijak, dibelasah dan dipukul dengan joran oleh suaminya selama 10 tahun di rumah mereka di Kampung Petaling Bahagia, Batu 5, Jalan Puchong, di sini, pada 2013.

Mahkamah Tinggi menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap Jamaluddin Ali, 43, yang didapati bersalah membunuh Nurhidayah.

Jamaluddin yang berbaju putih hanya tersenyum memandang ke arah beberapa ahli keluarga yang hadir selepas mendengar keputusan dibacakan Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok.

Umi Kalsom ketika VIS itu berkata, ibu dan dirinya sekeluarga boleh menerima hakikat jika Nurhidayah meninggal dunia akibat penyakit, namun sukar menerima kenyataan mangsa maut kerana dibunuh kejam oleh suaminya yang ganas.

“Pada 17 Mei 2013, saya dan ibu, Jamilah Len, 67, pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan doktor memaklumka­n Nurhidayah meninggal dunia selain memaklumka­n kecederaan dialaminya sangat dahsyat sehingga merosakkan organ dalaman mangsa.

“Keganasan rumah tangga terhadap mangsa sudah lama, malah kami menyimpan lapan hingga 10 salinan laporan polis, tidak termasuk yang hilang akibat tindakan abang ipar yang kerap memukul adik saya,” katanya.

Menurut Umi Kalsom, perbuatan adik iparnya juga meninggalk­an kesan trauma terhadap empat anak mereka berusia tujuh hingga 14 tahun kerana keganasan tertuduh di depan mata mereka menyebabka­n ada yang tidak mahu berkahwin kerana risau senasib seperti ibu mereka.

“Malah, ada anak mangsa yang tidak suka dengan lelaki bernama ‘Din’ kerana menyerupai ayahnya,” katanya. Mengikut pertuduhan, Jamaluddin dituduh membunuh Nurhidayah di rumah mereka di Kampung Petaling Bahagia, Batu 5, Jalan Puchong, antara jam 9 malam 15 Mei sehingga jam 9 malam 17 Mei 2013.

Jamaluddin yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, sebelum ini, tertuduh didakwa membelasah mangsa sehingga tidak sedarkan diri selepas pertengkar­an.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.

Lelaki bunuh isteri dihukum gantung sampai mati

 ??  ?? JAMILAH (dua, kiri) bersama ahli keluarga meninggalk­an mahkamah selepas keputusan hukuman gantung ke atas Jamaluddin Ali yang membunuh Nurhidayah, semalam.
JAMILAH (dua, kiri) bersama ahli keluarga meninggalk­an mahkamah selepas keputusan hukuman gantung ke atas Jamaluddin Ali yang membunuh Nurhidayah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia