Harian Metro

MAT DON WIRA KEDAH

„ Helang Merah dakap trofi Piala Sumbangsih selepas atasi Harimau Selatan di Larkin

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Penantian 23 tahun Kedah akhirnya terlerai selepas menjuarai Piala Sumbangsih apabila menewaskan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) 5-4 menerusi penentuan penalti di Stadium Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu bagaimanap­un tidak memberikan tiga mata Liga Super sebaliknya kedua-dua pasukan itu dianggap seri 1-1 sepanjang 90 minit permainan.

Turun selaku pasukan pilihan dengan Jeronimo Barrales disenaraik­an sebagai pemain simpanan, rentak permainan Harimau Selatan dilihat tidak terjejas dan skuad kendalian Benjamin Mora itu sering mengasak ke kubu pelawat.

Pada minit ke-10, tuan rumah mula memberi tekanan pada benteng pertahanan pelawat dan hampir mencetak jaringan selepas umpanan Azammuddin Akil singgah di kaki Brian Fereira yang tidak dikawal tetapi rembatan leret pemain itu tersasar.

Selang dua minit kemudian, hantaran Azammuddin sempat disambar Gonzalo Cabrera yang bertindak pantas memperdaya­kan benteng pelawat tetapi cubaannya turut tidak menemui sasaran.

Biarpun kerap diasak pelawat tetap menghadirk­an cemas buat tuan rumah pada minit ke-31 apabila sepakan percuma kapten Baddrol Bakhtiar dari jarak 30 meter tepat ke gawang, namun sempat ditepis keluar Farizal Marlias.

Tindakan Mohd Syawal Nordin yang mengasari Cabrera menyaksika­n pengadil Suhaimi Mat Hassan tidak teragak-agak menghadiah­kan sepakan penalti pada minit ke-39 dan kapten Safiq Rahim mudah menyempurn­akannya.

Barreles akhirnya dimasukkan pada minit ke-42 selepas urusan Sijil Perpindaha­n Antarabang­sa berjaya diperoleh pada saat akhir sekali gus membolehka­nnya bermain bagi menggantik­an Ahmad Hazwan Bakri.

Namun, skuad Harimau Selatan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas S Kunanlan mengutip dua kad kuning dan dilayangka­n kad merah kerana mengasari Fakri Saarani pada minit akhir

babak pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, tuan rumah yang beraksi dengan 10 pemain memaksa Mora memasukkan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham untuk mengisi kekosongan Kunanlan dan mengeluark­an Azammudin.

Pelawat mengambil kesempatan daripada kekurangan pemain tuan rumah dan kelekaan Farizal yang tidak berada di posisi terbaik memberi ruang kepada Baddrol untuk merembat ke penjuru kiri bagi mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-62.

 ??  ?? PEMAIN Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sumbangsih selepas menewaskan Johor DT di Stadium Larkin, malam tadi.
MOHD AZREN JAMALUDIN & HAIRUL ANUAR RAHIM
PEMAIN Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Sumbangsih selepas menewaskan Johor DT di Stadium Larkin, malam tadi. MOHD AZREN JAMALUDIN & HAIRUL ANUAR RAHIM
 ??  ?? BADDROL (tengah) muncul penyelamat Kedah selepas meledak gol penyamaan.
BADDROL (tengah) muncul penyelamat Kedah selepas meledak gol penyamaan.
 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Johor DT meraikan gol penalti Safiq (dua dari kanan).
PEMAIN Johor DT meraikan gol penalti Safiq (dua dari kanan).
 ??  ??
 ??  ?? KUNANLAN (kanan) berebut bola dengan pemain Kedah, Sandro Da Silva.
KUNANLAN (kanan) berebut bola dengan pemain Kedah, Sandro Da Silva.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia