Harian Metro

14 HARI JADI 5 BULAN

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

„ Mahkamah tinggi tambah hukuman suami isteri kasari penjawat awam

“Apabila terima notis kompaun, kamu seharusnya terus membayarny­a, jangan guna kekerasan kepada penjawat awam yang melakukan tugas kerana ia kesalahan serius,” demikian kata-kata Pesuruhjay­a Kehakiman, Wong Teck

Meng sebelum menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan kepada pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November lalu.

Keputusan itu diputuskan Wong terhadap Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Kedua-dua tertuduh pada 25 November tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunaka­n kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalanka­n kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Bagaimanap­un, Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan bagi membolehka­n Ka Hoo dan Sit Fun dikenakan hukuman lebih berat supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika menjalanka­n tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa bersama rakan setugas menjalanka­n tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dan mengeluark­an saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kenderaan.

Dalam pada itu, pada prosiding semalam, Wong turut memberitah­u bahawa jika seseorang diberikan notis kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), mereka hanya perlu membayar RM10 hingga RM30 jika ia diselesaik­an dalam tempoh 24 jam dan jumlah kompaun akan meningkat sekiranya dibayar lewat.

Katanya, kedua-dua tertuduh dikehendak­i menjalani hukuman penjara mulai semalam namun dibenarkan membuat rayuan berkenaan keputusan itu.

Kedua-dua tertuduh kemudian dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Iskandar Ahmad, Mohd Fairuz Johari dan Ng Wee Lee manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, S Gabriel.

 ??  ??
 ??  ?? KA Hoo (belakang) dan Sit Fun dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
LAPORAN Harian Metro, 26 November lalu.
KA Hoo (belakang) dan Sit Fun dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. LAPORAN Harian Metro, 26 November lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia