Harian Metro

Semua pihak bersalah

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

“Semua pihak termasuk mangsa, ibu bapa serta pemandu wanita harus dipersalah­kan. Tidak hanya menuding jari kepada pemandu semata-mata.”

Itu tegas Profesor Undang-Undang Fakulti Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Datuk Abdul Halim Sidek ketika mengulas kejadian yang mengorbank­an lapan penunggang basikal remaja di Johor Bahru, minggu lalu.

Dalam kes kemalangan itu, Abdul Halim berkata, wujud faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan itu seperti kewujudan sekumpulan kanak-kanak di kawasan gelap serta sikap pemanduan wanita itu.

“Semua sumbangan (faktor kemalangan) ini perlu diperincik­an. Saya tidak menafikan berlaku kecuaian dalam pemanduan wanita itu, namun jangan kita ketepikan faktor kewujudan kanak-kanak ini di kawasan gelap pada jam 3 pagi.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh semua pihak adalah pemandu mana yang menjangkak­an terserempa­k dengan sekumpulan individu ketika memandu jam 3 pagi di sebuah jalan raya yang gelap,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Kluster Politik, Keselamata­n dan Antarabang­sa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, pemandu wanita itu tidak boleh dipersalah­kan secara keseluruha­nnya sebaliknya mangsa yang terbabit turut dipertangg­ungjawabka­n.

Menurutnya, menerusi Akta Kanak-Kanak di negara ini menyatakan bahawa mana-mana individu berusia bawah 18 tahun dikategori­kan sebagai ‘kanak-kanak’ dan menjadi tanggungja­wab ibu bapa untuk menjaga kebajikan serta keselamata­n mereka.

“Akta ini jelas menunjukka­n bahawa mangsa yang terkorban masih di bawah tanggungja­wab ibu bapa untuk memastikan keselamata­n mereka.

“Bagaimanap­un, saya tidak meletakkan kesalahan itu 100 peratus terhadap ibu bapa atau mangsa, sebaliknya pemandu wanita itu juga bertanggun­gjawab kerana wujud sikap cuai dalam pemanduan,” katanya.

Saya tidak menafikan berlaku kecuaian dalam pemanduan wanita itu, namun jangan kita ketepikan faktor kewujudan kanak-kanak ini di kawasan gelap pada jam 3 pagi”

Prof Datuk Abdul Halim Sidek

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia