Harian Metro

KEMERDUAN SUARA ANAK SALEEM

- Ernalisa Othman am@hmetro.com.my

Video Smule anggota bomba tular

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat menyanyi bapa turun kepada anak, sekali gus menjadikan Nursyafiq Farhain A M Salim, 23, yang juga anggota bomba dan penyelamat yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, di sini, menjadi tular di media sosial lantaran kemerduan suaranya mendendang­kan lagu.

Nursyafiq Farhain yang juga anak kepada penyanyi Saleem kini menjadi bualan netizen selepas video aplikasi Smule yang menampilka­n dia menyanyika­n lagu ‘Mimpi Yang Pulang’ menjadi tular.

Anak keempat daripada lima beradik itu yang sudah tiga tahun bertugas di BBP Tebrau berkata, dia sendiri tidak menyangka nyanyianny­a di Smule menjadi tarikan netizen sejak beberapa hari lalu.

“Saya melakukann­ya sekadar mengisi masa lapang tetapi tidak tahu pula ia mendapat perhatian netizen, itu pun selepas dimaklumka­n oleh rakan-rakan.

“Saya tiada niat pun nak suruh orang tularkan video nyanyian saya itu sebab ia dilakukan kerana saya memang suka menyanyi,” katanya kepada Harian Metro.

Nursyafiq Farhain berkata, dia mengakui agak kurang selesa selepas video Smule nyanyianny­a tular.

“Sebenarnya, saya agak malu dengan perkara ini, saya bimbang orang kata saya sengaja mencari populariti sedangkan sebelum ini ramai yang menyanyi menggunaka­n Smule.

“Saya hanya membuat video Smule itu kerana suka menyanyi dan tiada niat untuk mencuri perhatian,” katanya.

Kata Nursyafiq Farhain, walaupun dilahirkan dalam keluarga berdarah seni, namun tidak terdetik di hatinya untuk menceburi bidang nyanyian secara serius seperti bapanya.

“Saya memang tak fikir pun nak masuk mana-mana rancangan realiti nyanyian sebab saya menyanyi sekadar suka-suka dan memang tidak terfikir nak jadi penyanyi macam ayah,” katanya.

Katanya, dia bagaimanap­un menyertai kumpulan muzik yang terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat dikenali sebagai Fire Fingers JDT sebagai penyanyi utama dan sering membuat persembaha­n pada majlis rasmi jabatan berkenaan.

 ?? Nursyafiq Farhain ?? Saya hanya membuat video Smule itu kerana suka menyanyi dan tiada niat untuk mencuri perhatian”
Nursyafiq Farhain Saya hanya membuat video Smule itu kerana suka menyanyi dan tiada niat untuk mencuri perhatian”
 ??  ?? NURSYAFIQ (kiri) bersama kumpulan Jabatan Bomba Fire Fingers JDT.
NURSYAFIQ (kiri) bersama kumpulan Jabatan Bomba Fire Fingers JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia