Harian Metro

2 maut di selekoh

NAHAS TIGA KENDERAAN

- Hazsyah Abdul Rahman

Dua maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di kawasan selekoh Kilometer 167.9, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.25 malam itu, pemandu, Mohd Nazry Hamdin dan Mohd Norizam Ramlee masing-masing berusia 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penumpang Fitriyani Abbas, 22, parah.

Difahamkan, semua mangsa menaiki kenderaan Proton Saga dalam perjalanan dari Lahad Datu menuju ke Kundasang sebelum terbabit dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, sebelum kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit.

“Kereta itu disyaki masuk ke laluan bertentang­an dan terlanggar tayar belakang Ford Ranger sebelum merempuh sebuah lagi kereta Nissan Navara yang berada di belakang.

“Akibat kejadian itu, dua mangsa tersepit dikeluarka­n pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Farhan berkata, mayat mangsa diihantar ke Hospital Ranau dan jenazah dilaporkan sudah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Hasil siasatan awal mendapati kawasan terbabit berselekoh, manakala keadaan jalan gelap dan tiada lampu jalan.

“Bagaimanap­un, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.45 malam.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikejar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, terdapat dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

“Anggota bomba berjaya mengeluark­an mangsa yang tersepit kira-kira sejam kemudian namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 9.45 malam selepas semua mangsa dibawa ke hospital.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 167.9, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, Ranau.
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 167.9, Jalan Kota Kinabalu-Sandakan, Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia