Harian Metro

Hadiah hargai pengguna setia

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Etika sedia motosikal untuk 30 pemenang peraduan melalui pembelian minuman

Motosikal baru, Modenas MR2 bernilai RM3,765 menanti 30 pemenang dalam peraduan Se-Motor Sehari anjuran syarikat pengeluar dan pengedar minuman, Etika Sdn Bhd (Etika) dengan kerjasama pasar mini 99 SpeedMart.

Peraduan itu bertujuan menghargai pengguna setia dengan pembelian minuman Etika di 99 Speedmart bermula 26 Ogos hingga 24 September ini.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Santharuba­n T Sundaram berkata, peserta yang ingin menyertai peraduan itu perlu membeli minuman edaran Etika seperti Calpis, Wonda Coffee, Tropicana, Gatorade dan Mountain Dew di 99 Speedmart dalam satu resit.

“Selepas itu, mereka perlu menjawab soalan mudah dan hantar jawapan menerusi nombor WhatsApp yang disediakan berserta maklumat dan gambar resit sebagai bukti pembelian.

“Etika sangat berbangga dengan perkembang­an perniagaan atas sokongan pengguna setia. Jadi sebagai penghargaa­n kami bekerjasam­a dengan 99 Speedmart menganjurk­an peraduan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan 99 Speedmart, Lee Thiam Wah berkata, matlamat peraduan itu adalah untuk memenuhi kehendak pengguna dengan menjual pelbagai produk minuman Etika dengan harga berpatutan.

“Kerjasama ini unik dan hadiah yang ditawarkan berbaloi kepada pembeli setia yang memerlukan pengangkut­an untuk kehidupan seharian,” katanya.

Katanya, pengguna boleh mengunjung­i cawangan 99 Speedmart di seluruh negara membeli minuman pilihan. “Sebanyak 30 unit Modenas sedia dimenangi dan cepat rebut peluang sebelum peraduan tamat,” katanya.

Untuk keterangan, pengguna boleh melayari laman sesawang http://www.etikaholdi­ngs.com/contest-and-promotions.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia