Harian Metro

Tambang haji kekal

- Azlan Hafeedz am@hmetro.com.my

 Kos tunai ibadat tetap walaupun kerajaan tanggung subsidi RM200j

Kadar bayaran jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dipastikan kekal pada kos RM9,980 seorang meskipun Lembaga Tabung Haji (TH) berdepan isu kenaikan kos pengurusan setiap tahun.

Kadar itu dikenakan sejak 2009 berikutan kerajaan menanggung kos subsidi jemaah haji yang dianggarka­n mencecah RM200 juta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengekalan kadar itu atas keprihatin­an kerajaan dan sebagai usaha memelihara serta menegakkan syiar Islam.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu kadar ini dikekalkan kerana kita tidak mahu membebanka­n jemaah, malah kos haji di Malaysia antara yang paling rendah jika dibandingk­an negara lain.

“Walaupun (kos) murah, kita masih memberikan perkhidmat­an terbaik kepada jemaah haji membabitka­n penginapan, kesihatan, pemakanan dan urusan harian ibadat haji. “Malah, kerajaan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi untuk membina kompleks TH di Makkah untuk memudahkan jemaah,” katanya selepas merasmikan Sambutan Kemerdekaa­n ke-60 dan Karnival Gegar Merdeka 10,000 Langkah Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising Zulkifli Ali dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Datuk Hashim Ismail.

 ??  ?? DR Asyraf Wajdi (tiga dari kiri) pada majlis Karnival Gegar Merdeka, semalam.
DR Asyraf Wajdi (tiga dari kiri) pada majlis Karnival Gegar Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia