Harian Metro

KM Melaka terima Ijazah Doktor Kehormat

-

Putrajaya: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, semalam, menerima Ijazah Doktor Kehormat Pengetahua­n Sains pada Majlis Konvokesye­n ke-18 Universiti Multimedia (MMU), di sini.

Anugerah diberi sebagai mengiktira­f sumbangan besar Idris yang banyak melakar kejayaan serta pembanguna­n dalam bidang sains dan teknologi kepada negara, khususnya di Melaka.

Ijazah disampaika­n Canselor MMU, Tun Zaki Tun Azmi pada sesi pertama konvokesye­n yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam di Dewan Tun Canselor MMU.

Seramai 4,048 graduan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesye­n kali ini.

Idris, 51, adalah pemegang Sarjana Muda dalam bidang Kejurutera­an Elektrik dari Universiti Of Texas At El Paso, Amerika Syarikat.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 sebelum dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka selepas Pilihan Raya Umum pada 2013.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Dr Halim Shafie dilantik sebagai Pro Canselor MMU yang baharu menggantik­an Tan Sri Ir Md Radzi Mansor yang meninggal dunia Julai lalu. – BERNAMA

 ??  ?? IDRIS menerima Ijazah Doktor Kehormat Pengetahua­n Sains pada Majlis Konvokesye­n Universiti Multimedia di Cyberjaya.
IDRIS menerima Ijazah Doktor Kehormat Pengetahua­n Sains pada Majlis Konvokesye­n Universiti Multimedia di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia