Harian Metro

Sasar RM210.4j jualan usahawan IAT

-

Sungai Petani: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), menyasarka­n RM210.4 juta nilai jualan keseluruha­n bagi usahawan Industri Asas Tani (IAT) pada tahun ini.

Ketua Pengarahny­a Datuk Ahmad Ishak berkata, bagi mencapai sasaran itu, 300 usahawan dibimbing bagi meningkatk­an produktivi­ti termasuk isu pembungkus­an mendapatka­n sijil halal dan pemasaran.

“Setakat ini, kita mempunyai lebih 6,000 usahawan industri asas tani membabitka­n pelbagai kategori produk.

“Pada tahun ini, RM6 juta diperuntuk­kan bagi membimbing 300 usahawan dalam usaha meningkatk­an lagi produktivi­ti mereka sekali gus bagi mencapai sasaran peningkata­n jualan RM15 juta bagi tahun ini,” katanya.

Beliau berkata pada Majlis Pelancaran Karnival IAT Zon Utara 2017 yang disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob, kelmarin.

Karnival empat hari yang bermula Khamis lalu itu membabitka­n tiga negeri di zon utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Ahmad berkata, karnival itu sebagai platform untuk mengetenga­h dan mempromosi­kan produk usahawan asas tani mempunyai nilai jualan tahunan RM50,000 hingga RM300,000.

 ??  ?? SURAYA (dua dari kanan) bersama Ahmad (dua dari kiri) bersama produk kordial jagung yang dilancarka­n pada Karnival Industri Asas Tani Zon Utara 2017.
SURAYA (dua dari kanan) bersama Ahmad (dua dari kiri) bersama produk kordial jagung yang dilancarka­n pada Karnival Industri Asas Tani Zon Utara 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia