Harian Metro

Pelatih PLKN berminat ceburi bidang kemahiran

-

Melaka: Seramai 4,317 daripada 4,987 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 Kumpulan 2 Siri 14/2017 di seluruh negara, yang menamatkan latihan semalam, berminat mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran menerusi Latihan Fasa 2.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, menerusi Latihan Fasa 2 itu, pelatih terpilih berpeluang mengikuti kursus kemahiran seperti elektronik, elektrikal, automotif, rekaan fesyen, multimedia, minyak dan gas di kolej kemahiran seluruh negara.

“Penerimaan cukup positif apabila seramai 4,317 atau 86.56 peratus pelatih PLKN 2.0 dari 27 kem seluruh negara menunjukka­n minat mengikuti Latihan Fasa 2 nanti.

“Kerjasama antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi bertujuan memastikan tidak ada keciciran dalam kalangan pelatih berminat melanjutka­n pengajian dalam kursus diminati,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup PLKN 2.0 Kumpulan 2 Siri 14 2017 di Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof.

Mengulas mengenai PLKN 2.0 yang ditambah baik, Mohd Johari berkata, kerajaan mengambil iktibar daripada pengalaman program terdahulu bagi memastikan kelancaran PLKN 2.0.

 ??  ?? PELATIH bersama anugerah diterima.
PELATIH bersama anugerah diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia