Harian Metro

Ditahan rompak wanita Belanda

-

Seorang lelaki ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas merompak dan mencederak­an seorang wanita warga Belanda di Pulau Perhentian, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 34 tahun ditahan jam 10 malam hari yang sama di sebuah rumah di Kuala Besut susulan laporan dibuat mangsa berusia 22 tahun di Balai Polis Kampung Raja.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa yang bekerja sebagai pelayan di pusat selam skuba menerima lima jahitan di kepala selepas diserang menggunaka­n parang.

Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa yang dalam perjalanan ke sebuah kafe bersama rakannya dihampiri lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, suspek menarik beg tangan mangsa, tetapi dihalang wanita terbabit sebelum suspek mencederak­an mangsa menggunaka­n senjata tajam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia