Harian Metro

10 ditahan leka judi ayam sabung

-

Taktik sepasukan anggota polis menyamar sebagai penonton membuahkan hasil apabila menahan 10 lelaki yang bermain judi ayam sabung di Kampung Batu Gajah, Mukim Malau, di sini.

Dalam serbuan jam 2.30 petang Jumaat lalu, 10 kaki judi terbabit termasuk seorang warga tempatan ditahan ketika asyik bertaruh.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, semua ditahan berusia 42 hingga 61 tahun dan kebanyakan­nya tinggal di luar daerah Jitra.

Katanya, mereka dipercayai tidak sedar kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang menerima maklumat awam berhubung aktiviti itu sebelum menyamar sebagai penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia