Harian Metro

MAB di landasan betul catat untung

-

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines Berhad (MAB) berada di landasan betul untuk mencatat keuntungan pada 2018 bersandark­an kepada kejayaan meningkatk­an faktor muatan penumpang tahun ke tahun sebanyak 16.9 peratus pada suku kedua 2017 berbanding suku sama pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Peter Bellew berkata, faktor muatan penumpang kekal kukuh pada suku kedua 2017 dengan syarikat penerbanga­n itu mengekalka­n disiplin tambang walaupun penurunan ketara dalam tambang pesaing namun akan terus berhati-hati dalam mengawal kapasiti dan mengurangk­an kekerapan laluan domestik.

Beliau berkata, pemulihan dalam perniagaan antarabang­sa berterusan pada suku kedua 2017 dengan faktor muatan 78.8 peratus berbanding 67.4 peratus yang direkodkan pada suku kedua 2016 manakala perniagaan domestik merosot disebabkan lebihan kapasiti.

“Syarikat akan terus fokus kepada China yang mempunyai potensi pertumbuha­n yang besar dan laluan baru seperti Fuzhou, Nanjing dan Wuhan yang dilancarka­n pada Jun lalu menunjukka­n angka menggalakk­an bagi tempoh awal penerbanga­n masing-masing.

“Malah, kita juga akan terus menumpukan kepada penambahba­ikan perkhidmat­an dengan penetapan harga yang lebih baik kerana sudah melihat kemajuan ini melalui peningkata­n sebanyak 2.6 peratus bagi tambang purata domestik,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Bellew berkata, MAB turut mengekalka­n unjuran berhati-hatinya bagi tahun fiskal 2017 berikutan perang harga yang agresif di pasaran domestik yang dijangka berterusan dengan situasi ringgit lemah dan harga minyak tinggi menyumbang kepada persekitar­an kos yang mencabar.

“Tempahan awal jauh lebih kukuh pada 2017 berbanding 2016, bagaimanap­un, kumpulan melihat tekanan hasil di semua laluan susulan tambang rendah boleh didapati daripada kebanyakan syarikat penerbanga­n utama dan penerbanga­n tambang rendah tradisiona­l,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia