Harian Metro

Myeg Omar Osman rancang buka lima lagi cawangan

-

Myeg Omar Osman Enterprise, merancang untuk membuka lima lagi premis cawanganny­a menjadikan keseluruha­n 15 rangkaian menjelang tahun depan.

Pengurusny­a Zaiton Othman berkata, pihaknya menyasarka­n lokasi pilihan di sekitar Lembah Klang sebagai tambahan kepada premis sedia ada di Padang Jawa, Setia Alam, Seksyen 13 Shah Alam, Meru, Danau Kota, Sungai Besar, Kuala Selangor, Sungai Buloh, Kampung Jawa dan Salak Tinggi.

“Kami menawarkan pelbagi jenis perkhidmat­an seperti memperbaha­rui takaful am, insurans kenderaan, tukar hak milik dan memperbaha­rui permit pekerja asing.

“Segmen takaful am banyak menyumbang kepada pendapatan syarikat dan kami turut menerima Anugerah Mega Agensi 2016/2017 oleh Takaful Ikhlas Bhd bagi kategori takaful am,” katanya yang ditemui, di sini.

Menurutnya, usahawan tempatan perlu miliki empat prinsip utama iaitu positif, kemahiran, jujur dan sistematik untuk menempa kejayaan dalam bidang takaful.

Beliau berkata, bidang terbabit memberi peluang kepadanya untuk mengembang­kan perniagaan dan membuka peluang pekerjaan.

 ??  ?? ZAITON
ZAITON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia