Harian Metro

Tak akan setuju pertukaran tebusan

-

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak kemungkina­n membenarka­n militan yang mempunyai kaitan dengan Daish melarikan diri dari bandar di selatan negara itu sebagai pertukaran untuk membebaska­n puluhan tebusan.

“Tidak mungkin,” kata Duterte kepada wartawan ketika ditanya mengenai khabar angin yang seorang pemimpin kumpulan itu, Omarkhayam Maute, yang mencadangk­an untuk membebaska­n tebusan sebagai pertukaran mereka melarikan diri dengan selamat.

Kumpulan kecil militan itu masih berada di tengah bandar yang dimusnahka­n serangan meriam dan bom, dalam kejadian yang mencetuska­n kebimbanga­n Daish menjadikan selatan negara itu sebagai kubu baru selepas semakin dilumpuhka­n di Iraq dan Syria.

Tentera menganggar­kan 20 hingga 30 tebusan ditahan di bandar itu, dengan segelintir dipercayai dipaksa melawan tentera kerajaan.

“Jika saya dapat menyelamat­kan satu nyawa di sana, saya sanggup tunggu setahun lagi untuk menguasai semula bandar itu,” kata Duterte selepas melawat askar yang cedera di Cagayan de Oro, tidak jauh dari bandar Marawi.

Undang-undang tentera dikenakan di Mindanao, pulau yang mempunyai 22 juta penduduk, sehingga hujung tahun ini bagi membenarka­n tentera menghapusk­an kumpulan militan pro-Daish. - Reuters

 ??  ?? ORANG ramai menunggu didaftarka­n untuk mendapat bantuan makanan selepas melarikan diri dari Marawi. - Reuters
ORANG ramai menunggu didaftarka­n untuk mendapat bantuan makanan selepas melarikan diri dari Marawi. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia