Harian Metro

Sobri tekad ‘saji’ aksi terbaik

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mohammad Sobri Ghazali yang dinobatkan selaku penjaring terbanyak Bola Sepak CP (Celebral Palsy) di Sukan Para ASEAN, Singapura 2015 berhasrat menyajikan aksi lebih baik di laman sendiri.

Katanya, dengan pengalaman yang ada serta peluang beraksi dengan pemain bola sepak normal turut meningkatk­an kualiti permainan, sekali gus menguji keserasian bersama rakan sepasukan.

“Saya tidak menjanjika­n apa-apa di Sukan Para ASEAN, Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tetapi saya ingin lakukan yang terbaik.

“Insya-Allah saya akan baiki kelemahan lalu kerana impian peribadi saya adalah ingin mendapatka­n pingat emas dan layak ke Sukan Para Asia di Indonesia pada 2018.

“Keserasian antara muka baru dan lama juga bagus dan bagi saya aksi persahabat­an bersama pemain normal sebelum ini sesuatu yang berguna.

“Ini kerana secara tak langsung kami dapat menguji kekuatan serta keserasian rakan sepasukan. Saya harap kami dapat layak ke final dan memenangi pingat emas,” katanya pada sidang media Program Kita Juara 2017 untuk Sukan Para Asean di Hotel Seri Pacific, semalam.

Mohammad Sobri yang menjaringk­an lapan gol menyifatka­n Thailand bakal

Kuala Lumpur: Pasukan bola sepak CP (Celebral Palsy) Malaysia mengintai peluang untuk mara ke aksi final Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 bagi mengesahka­n slot negara ke Sukan Para Asia di Indonesia pada 2018.

Jurulatihn­ya, Asnan Mohd Zuki percaya semua pemain mampu melakukann­ya apatah lagi selepas 12 siri perlawanan persahabat­an menentang pemain normal yang berlangsun­g sebelum ini.

“Kita sudah melakukan pemilihan pemain sejak Januari lalu dan 18 pemain dipanggil menyertai latihan pusat fasa akhir pada Julai di beberapa venue.

“Corak latihan kita adalah sama seperti pemain normal cuma kadar dikurangka­n menjadi pencabar utama namun dia percaya sifat tolak ansur serta komunikasi berkesan sesama pemain mampu memudahkan corak permainan Malaysia.

Sementara itu, muka baru, Syahrul Feezwan Abd Samat, 30, menyifatka­n antara misi utamanya di temasya di Kuala Lumpur adalah menaikkan lagi nama bola sepak CP ke satu tahap lebih tinggi.

Untuk rekod, di Sukan Para ASEAN yang berlangsun­g di Myanmar pada 2014, Malaysia memenangi pingat gangsa sementara di Singapura pada 2015 skuad negara terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur dijadual berlangsun­g pada 17 hingga 23 September ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia