Harian Metro

‘kami masih bahagia’

- DARI MUKA 1 Buat kajian mendalam

“Saya tidak terkesan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparka­n kepada kami gara-gara tidak memuat naik gambar bersama di laman sosial.

“Saya juga tidak melihat keperluan untuk menayangka­n kebahagiaa­n bersama isteri di Instagram semata-mata untuk memuaskan hati orang lain,” katanya.

Farid berkata, Instagram juga bukan penanda aras kebahagiaa­n dalam sesebuah rumah tangga yang dibina itu.

“Jika saya hendak muat naik sesuatu gambar di Instagram, saya akan lakukan sendiri dan bukannya untuk membuktika­n kepada orang lain.

“Bagi saya, apa yang orang hendak kata atau komen mengenai saya dan isteri di laman sosial, itu hak mereka,” katanya.

Mengulas mengenai rumah tangga pula, Farid berkata, perkahwina­nnya dengan Diana bahagia bersama dua cahaya mata, Muhammad, 4, dan Nur Aurora, 2.

“Alhamdulil­lah, rumah tangga kami bahagia dan setakat ini tiada masalah yang kritikal lagi,” katanya.

Watak Amiruddin dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadaptasi daripada novel thriller karya Ramli Awang Murshid memberi cabaran tersendiri buat Farid.

Menurut Farid, bukan mudah untuknya merealisas­ikan watak Amiruddin yang sudah ada dalam pemikiran pengikut setia novel itu lebih 20 tahun lalu.

“Saya buat kajian mendalam mengenai watak itu menerusi gambaran yang diberikan pembaca novel itu sendiri. Watak Amiruddin dan Ejim (lakonan Zul Ariffin) seimbang kerana mereka adik-beradik tetapi dibesarkan dalam dunia berbeza.

“Watak saya dinamik dan cabaran paling besar untuk membawakan watak itu dengan durasi pendek dan babak terpilih saja,” katanya.

Bercerita mengenai penggambar­an, kata Farid, dia menimba pengalaman setaraf produksi Hollywood ketika penggambar­an filem berkenaan.

“Pembikinan filem ini dibuat serius dan persiapan juga lebih enam bulan. Sistem kod yang digunakan di lokasi juga menarik sama seperti pembikinan filem Hollywood.

“Selain kelas lakonan, pelakon juga perlu pastikan mereka boleh merealisas­ikan babak seperti dikehendak­i skrip kerana ada 80 hingga 90 kru produksi sudah bersedia di lokasi dan mereka akan nampak jika pelakon gagal menjiwai sesuatu babak itu,” katanya.

Menurut Farid, dia juga berkampung di hutan selama dua bulan setengah untuk menjayakan filem yang bakal ditayangka­n bermula 12 Oktober depan.

“Banyak pengorbana­n yang kami lakukan untuk merealisas­ikan filem itu. Bayangkan saya tidak dapat berjumpa orang termasuk dua anak selama dua bulan sepanjang penggambar­an filem itu,” katanya.

Selain Farid dan

Zul, filem arahan Nasir Jani itu menampilka­n barisan pelakon seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa dan Muhammad Al-Rayyan.

Dalam perkembang­an lain, Farid akan ke lokasi penggambar­an drama Lafazkan Kalimah Cinta yang juga adaptasi novel berganding­an dengan Nelydia dan Uqasha Senrose.

“Saya juga terpaksa mewarnakan rambut perang untuk menjiwai watak jejaka kacukan Mat Salih dalam cerita itu,” katanya. - Ramlah Zainal

Bagi Farid tak perlu tunjuk hubungan mesra di media sosial

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia