Harian Metro

3 jam bergerak rancak

-

Senaman yang didatangka­n dari Amerika Syarikat itu menggabung­kan tarian aerobik dan latihan kekuatan otot, gerakan yoga serta pilates dalam koreografi.

Menurut Pengasas Lola Fitness Studio, Apsah Pucha Paji, senaman berkenaan menggabung­kan rentak muzik daripada pelbagai genre dan dijadikan koreografi tarian aerobik dan latihan otot.

“Menariknya, ia mempunyai pilihan muzik dan koreografi daripada pelbagai genre, gerakan aerobik yang senang diikuti. Malah, terdapat juga pilihan latihan senaman berimpak rendah bagi mereka yang kurang berupaya untuk membuat latihan berimpak tinggi.

“Malah, semua jurulatih juga mempunyai sijil dan diselia terus dari Amerika Syarikat bagi menjaga kualiti serta persembaha­n jurulatihn­ya,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun studio berkenaan, baru-baru ini.

Sambutan yang diadakan di Dewan Semarak Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya itu dilaksanak­an dalam skala lebih besar berbanding sebelum ini yang berlangsun­g di studio saja.

Ia bagi membolehka­n lebih ramai peminat latihan kecergasan menyertai program dan aktiviti bersama Lola Fitness Studio yang ditubuhkan oleh tiga lagi pengasasny­a, Suzie Zurina Jumatli, Noraliza Mohd Azam dan Aziemah Jumatli.

“Sambutan ulang tahun kali ini dihadiri hampir 200 peserta dan ia bagi meraikan serta menyampaik­an rasa terima kasih kepada ahli studio yang menyokong selama lima tahun ia ditubuhkan.

“Pelbagai aktiviti dilakukan sempena sambutan berkenaan. Antaranya, Yoga Flow (Zoe Kok), Jazzercise, Zumba (Zin Aizza) dan senaman HipHop Cardio (Hazmiflip).

“Lebih mengujakan apabila kebanyakan peserta berpuas hati dan kami tidak menyangka mereka boleh bersenam tanpa henti selama tiga jam,” katanya.

Apsah Pucha menambah, studio berkenaan ditubuhkan kerana mereka percaya perlu ada pusat kecergasan yang dibuka untuk wanita saja dan bebas melakukan senaman tanpa rasa malu atau kurang selesa dengan kehadiran lelaki.

Malah, ia juga mesra ibu dan anak kerana terdapat kelas khas yang membenarka­n peserta membawa anak ke studio. Pada masa sama, penubuhan studio yang terletak di Kota Damansara itu juga bertujuan menggalakk­an wanita untuk minat bersenam dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

Pelbagai program disediakan untuk wanita yang berminat seperti Bootcamp, Zumba, khidmat jurulatih kecergasan peribadi, kelas korporat dan persendiri­an.

 ??  ?? ANTARA jurulatih yang terbabit dalam program berkenaan.
ANTARA jurulatih yang terbabit dalam program berkenaan.
 ??  ?? PESERTA yang hadir pada sambutan ulang tahun studio itu.
PESERTA yang hadir pada sambutan ulang tahun studio itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia