Harian Metro

Pembunuh nombor satu!

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my SAKIT TIBA-TIBA KESAN DAN RAWAT

Penyakit jantung koronori adalah salah satu daripada banyak penyakit jantung yang ada. Banyak jenis penyakit jantung yang perlu diketahui iaitu sama ada membabitka­n otot, selaput, injap, irama degupan jantung atau sebagainya.

Namun, yang paling biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa adalah penyakit jantung koronori. Penyakit jantung koronori adalah pembunuh nombor satu di dunia.

Setiap tahun dianggarka­n lebih 17 juta manusia meninggal dunia disebabkan penyakit jantung koronori dan di Malaysia juga, ia menjadi penyebab pembunuh utama kepada lelaki dan wanita.

Asalnya, Jamaludin A Ghani, 52, tidak tahu dia mengalami masalah jantung. Namun, dia dapat rasakan kesakitan pada bahu dan dada (kedua-dua bahagian) sejak tiga bulan kebelakang­an ini apabila berjalan 100 atau 200 meter iaitu jarak dari stesen transit aliran ringan (LRT) ke pejabatnya.

“Namun, apabila tidak melakukan sebarang kerja atau duduk berehat saja, rasa sakit tiada. Tiga minggu lalu, saya pergi ke klinik biasa untuk menjalani ujian sinar-X dan elektrokar­diogram (ECG).

“Doktor mengesahka­n saya tidak mempunyai masalah, mungkin kesakitan dirasai disebabkan angin atau otot bahu dan diberikan ubat berkaitan. Pada

Selasa, 5 September, saya buat keputusan berjumpa pakar jantung. Ujian awal dilakukan untuk mengesan masalah yang dihadapi melalui ECG,” katanya.

Kemudian, dia perlu menjalani ujian senaman stres dengan berlari di atas mesin larian dan doktor dapat melihat ada sesuatu yang tidak kena.

Kebiasaann­ya, ujian dilakukan hingga ke tahap tujuh, namun ketika di tahap dua, doktor sudahpun menyuruhny­a berhenti. Kemudian, doktor mengesyork­an dia menjalani ujian angiogram dengan segera bagi mengenal pasti punca kesakitan dialami.

Keesokan harinya, selepas angiogram, dia terkejut apabila doktor mengesahka­n ada penyumbata­n sebanyak 100 peratus pada pembuluh darah koronari depan.

Dia sendiri tidak pasti punca berlakunya keadaan itu, mungkin disebabkan faktor pemakanan, penat bekerja atau stres dengan persekitar­an kerana Jamaludin akui tidak menghidap penyakit lain.

Walaupun kurang bersukan, namun dia banyak melakukan pergerakan ketika menuju ke tempat kerja dengan menaiki

LRT dan komuter sebelum berjalan ke pejabat.

“Awalnya, memang agak berdebar ketika diagnosis dijalankan sebab ada rakan mengatakan sakit atau berasa panas di bahagian dada ketika cecair pengesan penyumbata­n dimasukkan.

“Namun, saya bersyukur kerana tidak merasai semua yang dialami rakan dan rawatan dilakukan dua hari lepas dalam keadaan saya sedar sepenuhnya.

“Hari ketiga selepas menjalani rawatan angioplast­i, saya bertanya sama ada boleh atau tidak melakukan senaman seperti berjalan dan doktor mengatakan boleh cuba,” katanya yang masih dalam tempoh cuti sakit selama 10 hari.

Jelasnya, selepas tiga hari rawatan dia tidak merasai sakit di bahagian berkenaan ketika berehat, namun jika berjalan jauh atau membuat kerja barulah terasa sengalseng­al di bahagian bawah bahu.

Dia sangat bersyukur kerana dapat mengesan awal penyakit jantung yang dialaminya. Baginya, ujian ECG dan darah saja tidak mencukupi, sebaliknya ujian senaman stres serta angiogram membantu mengesan masalah penyakit jantung yang dialaminya.

Pakar runding kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar berkata, ada dua faktor yang meningkatk­an risiko mendapat penyakit jantung koronori ini.

“Ia boleh disebabkan faktor yang boleh diubah suai atau tidak boleh diubah suai. Antara faktor yang tidak boleh diubah suai ialah umur (semakin tua lebih berisiko tinggi mendapat penyakit ini), keturunan dan jantina.

“Walaupun ia menjadi pembunuh utama kepada semua jantina, lelaki lebih cenderung mendapat penyakit jantung koronori pada usia muda berbanding wanita.

“Ini kerana wanita mempunyai hormon tertentu seperti estrogen yang boleh membantu melindungi daripada mendapat penyakit jantung pada usia awal,” katanya.

Namun, jika sudah mengalami menopaus, kebarangka­lian untuk mendapat penyakit ini sama dengan golongan lelaki. Selain itu, risiko mendapat penyakit pembunuh nombor satu itu juga semakin tinggi sekiranya menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tidak normal, gemuk, kurang bersenam dan merokok.

Apabila seseorang mengeluh sakit di tengah dada atau sedikit ke kiri dan mungkin membabitka­n tangan, leher atau geraham, segera berjumpa doktor.

“Doktor akan melakukan pemeriksaa­n atau ujian tertentu seperti ECG dan ujian senaman stres untuk mengenal pasti puncanya. Jika dapat mengesan satu atau lebih salur darah utama jantung (depan, kanan dan belakang) tersumbat, itulah yang dipanggil penyakit koronori arteri atau pembuluh darah arteri.

“Disebabkan itu pesakit akan mengalami sakit dada, sesak nafas dan pening kepala,” katanya.

Jelasnya, ketepatan keputusan ujian senaman stres itu hanyalah 73 peratus dan jika dalam ujian kelihatan positif (tidak normal), angiogram akan dilakukan.

Angiogram adalah satu kaedah untuk melihat sama ada pembuluh darah tersumbat ataupun tidak. Caranya dengan menggunaka­n dakwat atau pewarna tertentu yang akan disuntik ke dalam pembuluh darah.

Radiograf saluran darah akan terhasil apabila melakukan pemeriksaa­n sinar-X selepas memasukkan bahan kontras (dakwat) ke dalam salur darah berkenaan.

Bahan kontras akan dimasukkan melalui pangkal paha (selalunya di sebelah kanan) atau pergelanga­n tangan di pembuluh darah arteri radial menggunaka­n tiub panjang hingga ke jantung.

“Ujian berkenaan membantu untuk melihat perjalanan darah melalui sinar-X dan prosedur itu mengambil masa kira-kira lima hingga 10 minit dengan pesakit dalam keadaan sedar.

“Jika didapati ada penyumbata­n di salur pembuluh darah, rawatan angioplast­i akan disyorkan bagi membantu mengatasi masalah pesakit.

“Rawatan angioplast­i perlu dilakukan bagi membantu memulihkan salur darah yang sempit dengan menggunaka­n kateter (tiub) khas berpanduka­n angiograf,” katanya.

Prosedur angiogram dan angioplast­i kebiasaann­ya akan dilakukan dalam keadaan sedar serta menggunaka­n bius setempat.

Jelasnya, stent (belon dan besi) akan dimasukkan, seterusnya dibawa ke pembuluh darah yang sempit tadi sebelum dikembangk­an dan dikeluarka­n daripada pembuluh darah manakala besi yang dikembangk­an tadi akan ditinggalk­an.

Disebabkan lemak masih di situ, pesakit digalakkan mengambil ubat yang diberi (jika ada) mengikut dos yang ditetapkan bagi mengelakka­n pengumpula­n lemak di sekitar bertambah walaupun selepas melakukan angioplast­i.

Pada masa sama, pesakit juga perlu mengamalka­n gaya hidup sihat termasuk pemakanan dengan mengawal pengambila­n gula, garam, makanan berlemak atau bergoreng dan berhenti merokok selain menguruska­n penyakit lain dengan betul.

Ambil tahu tanda seperti sakit dada dan sesak nafas untuk segera berjumpa doktor bagi mengelakka­n serangan jantung. Selain angioplast­i, ada juga rawatan pembedahan pintasan yang boleh dilakukan bergantung kepada keadaan penyumbata­n pembuluh darah pesakit.

Walaupun ia menjadi pembunuh utama kepada semua jantina, lelaki lebih cenderung mendapat penyakit jantung koronori pada usia muda berbanding wanita

 ?? FOTO: ?? JAMALUDIN sebelum melakukan rawatan angioplast­i.
FOTO: JAMALUDIN sebelum melakukan rawatan angioplast­i.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia