Harian Metro

‘SAYA TAK BELI ANAK ANGKAT’

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

“Niat saya bukan saja dapat membesarka­n anak ini macam darah daging sendiri, tetapi saya juga mahukan pahala akhirat,” demikian kata jutawan produk kecantikan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengenai pengambila­n anak angkatnya yang baru berusia enam hari.

Menurut Aliff Syukri, tiada timbul isu membeli anak seperti mana yang menjadi bualan hangat di media sosial kerana niat mereka sekeluarga pada mulanya hanya mahu membesarka­n Ameena Aliffsha dan membantu ibunya yang dalam kesulitan atas ihsan sesama manusia.

“Walaupun saya berduit, bagi saya nilai kasih sayang tidak boleh dibeli dengan duit. Sebenarnya memang ada ramai ibu bapa yang mahu memberi anak mereka kepada kami, tetapi ditolak atas beberapa faktor termasuk ada antara mereka yang hanya mengingink­an duit sebagai ganti.

“Kami memilih Ameena untuk dijadikan anak angkat kerana isteri saya sendiri amat selesa bersama ibunya yang ikhlas dan tidak meminta balasan walaupun sesen. Dia cuma mahu anaknya diterima dalam keluarga kami dan diberi kasih sayang macam anak sendiri,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, di sini, semalam.

Menurutnya, dia dan isterinya, Datin Nur Shahida Mohd Rashid berkenalan dengan ibu bayi berkenaan yang dinamakan Ameena Aliffsha hasil gabungan nama mereka berdua sejak beberapa bulan lalu melalui Facebook (FB).

“Kami berkenalan dengan ibu Ameena di FB dan ibunya sendiri merayu kepada kami supaya membela Ameena. Cukup saya katakan jalan hidupnya amat menyedihka­n hingga membuatkan kami kasihan dan bersetuju mengambil Ameena sebagai anak angkat kami.

“Sejak itu, kami sudah membuat pelbagai perancanga­n dan persiapan termasuk kerap membawa ibu Ameena membuat pemeriksaa­n rutin yang ketika itu usia kandungan mencecah tujuh bulan,” katanya.

Katanya, mereka bersyukur kehadiran Ameena Aliffsha bukan saja menambahka­n lagi keceriaan rumah tangga mereka, malah diterima semua ahli keluarga terutama tiga anak mereka yang berusia lima hingga 11 tahun.

“Kami suka anak ramai dan saya sebenarnya ada impian untuk membina rumah anak yatim sendiri suatu hari nanti dan ini hanya permulaan.

“Ameena akan dibesarkan dan dilayan sama rata macam anak-anak lain. Saya yakin dengan kesefahama­n bersama isteri dan penerimaan anak-anak ia akan melahirkan kasih sayang yang ikhlas dan berpanjang­an untuk Ameena yang kami anggap macam darah daging sendiri,” katanya.

Aliff Syukri berkata, segala urusan dokumen pengenalan dan pengambila­n anak angkat Ameena Aliffsha sudah didaftarka­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Ini semua penting untuk masa depan Ameena termasuk urusan persekolah­an dia.

“Walaupun Ameena sudah sah menjadi anak angkat kami, kami tidak akan sesekali memisahkan hubungan Ameena dan ibunya kerana mereka boleh bertemu pada bila-bila masa,” katanya.

Katanya, mereka turut membuka satu akaun khas atas nama babyterlaj­aklaris di Instagram (IG) untuk berkongsi setiap perkembang­an Ameena Aliffsha yang kini sudah mencecah lebih 35,000 pengikut.

“Saya kongsikan semua ini bukan niat menghebohk­an, tetapi saya tak mahu orang bercakap buruk saya membeli anak atau ibu anak saya ini dikecam sebagai orang jahat,” katanya.

 Aliff Syukri jawap tomahan beli anak angkat hangat diperkata dalam media sosial

 ??  ??
 ??  ?? ALIFF Syukri dan Nur Shahida bersama anak mereka meluangkan masa bersama Ameena Aliffsha.
ALIFF Syukri dan Nur Shahida bersama anak mereka meluangkan masa bersama Ameena Aliffsha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia