Harian Metro

Si cantik lawan api

 Dua wanita tangkas padam kebakaran Pasar Besar Seremban

- Raja Noraina Raja Rahim dan Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Sebelum ini, saya bertugas sebagai jururawat di hospital swasta selama tiga tahun”

Nor Maisarah Sebaik tamat persekolah­an, saya memohon menyertai bomba. Saya terpaksa menunggu selama setahun sebelum dipanggil untuk menyertai latihan di Terengganu”

Siti Norhaliza

Dua wanita jelita yang mengangkat hos air dan mengendali­kan peralatan berat ketika operasi pemadaman kebakaran Pasar Besar Seremban, di sini, Sabtu lalu mendapat perhatian ramai.

Ketangkasa­n dan ketahanan mental melaksanak­an tugas yang kebiasaann­ya dilakukan anggota bomba lelaki itu membuatkan aksi mereka menjadi tular di laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin.

Nor Maisarah Ibrahim, 27, dan Siti Norhaliza Zakaria, 19, berjaya membuktika­n kecantikan dan sifat lemah lembut serta bukan penghalang melaksanak­an tugas sebagai anggota bomba.

Kedua-dua ‘wanita besi’ yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban serta BBP Seremban 2 menyifatka­n bekerja dalam kalangan lelaki tidak sedikit pun melemahkan semangat, sebaliknya dianggap cabaran untuk lebih cemerlang.

Nor Maisarah berkata, minatnya terhadap cabaran dan aktiviti lasak membuatkan dia mengambil keputusan berhenti kerja sebagai jururawat untuk menyertai pasukan bomba.

“Sebelum ini, saya bertugas sebagai jururawat di hospital swasta selama tiga tahun. Kebetulan ada tawaran pengambila­n anggota bomba, saya cuba nasib dan diterima menyertai latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu.

“Saya menjalani latihan hampir lima bulan sebelum dihantar bertugas di Perak selama sebulan dan ditukarkan ke Seremban pada Mei lalu,” katanya ketika ditemui di Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Berpangkat Pegawai Bomba, Nor Maisarah berkata, dia tidak menyangka ada yang mengambil gambarnya sedang mengangkat hos air ketika operasi itu dan hanya mengetahui ia tular selepas seorang rakan mengirimny­a di aplikasi WhatsApp.

“Dalam tugasan kami, tiada diskrimina­si jantina. Dalam keadaan genting, kami perlu menjalanka­n tugas tanpa melihat sama ada wanita atau lelaki,” katanya yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan.

Bagi Siti Norhaliza pula, dia tidak pernah bercita-cita untuk menyertai pasukan beruniform, namun tidak menyangka akan berkhidmat sebagai anggota bomba.

Menurutnya, kerjaya beruniform melatihnya menjadi lebih berdisipli­n, sekali gus membentuk semangat jati diri yang tinggi.

“Sebaik tamat persekolah­an, saya memohon menyertai bomba. Saya terpaksa menunggu setahun sebelum dipanggil untuk menyertai latihan di Terengganu.

“Hanya 20 pelatih wanita saja daripada 193 orang yang terpilih menjalani latihan dan kami dilayan tanpa diskrimina­si sepanjang menjalani latihan fizikal serta praktikal termasuk mengangkat hos mahupun membuat pemadaman api,” katanya.

 ??  ?? NOR Maisarah (kiri) dan Siti Norhaliza dilayan seperti anggota bomba yang lain.
NOR Maisarah (kiri) dan Siti Norhaliza dilayan seperti anggota bomba yang lain.
 ?? FOTO tular Siti Norhaliza ketika bertugas. ??
FOTO tular Siti Norhaliza ketika bertugas.
 ??  ?? NOR Maisarah memikul hos dalam usaha memadamkan kebakaran.
NOR Maisarah memikul hos dalam usaha memadamkan kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia