Harian Metro

Jawab kertas soalan guna ‘suara’

-

sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu dirawat di hospital itu tetapi disebabkan perlu menduduki peperiksaa­n UPSR yang bermula semalam menyebabka­n Nur Ain Hidayah diminta masuk semula ke hospital.

“Anak saya masih tidak boleh menggunaka­n tangannya untuk menulis, berikutan itu kaedah menjawab soalan peperiksaa­n dengan menggunaka­n rakaman suara dilakukan manakala jawapannya akan ditulis oleh guru bertugas.

“Walaupun terpaksa menjalani peperiksaa­n ini di hospital, saya melihat dia (Nur Ain Hidayah) tetap bersemanga­t dan tidak menjadikan kecederaan dialaminya itu sebagai halangan,” katanya yang ditemui di HSNZ.

Menurutnya, dia berharap dengan semangat ditunjukka­n, anak ketujuh

daripada 10 beradik itu mampu memperoleh keputusan cemerlang.

Nur Ain Hidayah antara empat murid menduduki peperiksaa­n UPSR di HSNZ akibat pelbagai masalah kesihatan.

Mereka itu ditempatka­n di bilik khas di hospital terbabit dan masing-masing menjawab soalan sambil duduk di atas katil rawatan untuk menduduki peperiksaa­n.

Seramai 20,273 calon yang menduduki peperiksaa­n UPSR 2017 di negeri ini di 363 pusat peperiksaa­n di seluruh negeri yang bermula hari ini hingga Khamis ini serta Isnin depan bagi murid yang mengambil kertas penulisan dan pemahaman Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia