Harian Metro

Cari penyelesai­an

-

Kuala Lumpur: Pemimpin agama Dalai Lama menggesa Aung San Suu Kyi mencari penyelesai­an terhadap krisis di Myanmar dan menyatakan kebimbanga­n terhadap keganasan yang menyebabka­n 300,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dari negara itu.

Pemimpin tertinggi Buddha itu menulis kepada pemimpin Myanmar berkenaan yang juga penerima anugerah Nobel, sejurus selepas keganasan meletus di Rakhine bulan lalu.

Beliau menggesa Suu Kyi menyelesai­kan krisis di Rakhine, di mana Rohingya yang juga minoriti Muslim tanpa kerakyatan, dianiaya selama berdekad.

“Soalan yang dikemukaka­n kepada saya betapa orang ramai sukar menerima apa yang berlaku kepada umat Islam di sana dengan reputasi Myanmar sebagai negara Buddha.

“Saya merayu kepada kamu dan rakan mendekati semua lapisan masyarakat cuba memulihkan hubungan mesra penduduk dalam semangat keamanan dan perdamaian,” katanya dalam surat itu.

Dalai Lama yang pemenang hadiah keamanan Nobel terbaru bercakap menentang keganasan, ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggun­gjawab dalam hak asasi manusia di Myanmar menyatakan kemungkina­n 1,000 terbunuh, kebanyakan­nya Rohingya.

Pemenang Hadiah Nobel Malala Yousafzai dan Uskup Agung Desmond Tutu juga mendesak Suu Kyi campur tangan bagi pihak Rohingya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia