Harian Metro

Imigresen akur polisi kerajaan

-

Jabatan Imigresen akur polisi kerajaan termasuk membenarka­n kemasukan pelarian etnik Rohingya dari Myanmar ke negara ini pada masa depan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sebagai agensi penguatkua­saan, pihaknya mematuhi apa saja arahan kerajaan khususnya Kementeria­n Dalam Negeri.

Beliau berkata, imigresen bersama agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) bersama-sama menguruska­n kemasukan.

“Kalau ada keputusan membolehka­n mereka (etnik Rohingya) masuk ke negara ini, kami ikut prosedur operasi standard (SOP) pengurusan,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan Imigresen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia