Harian Metro

Jatuh motor dirempuh kereta Angkara belon pecah

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah motosikal lain menyebabka­n lelaki itu terjatuh lalu dirempuh kereta di Kilometer 5, Jalan Terusan-Titi Serong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, mangsa, Ahmad Khairul Ikhwan Ishak, 21, dari Taman Seri Emas, Nibong Tebal, Pulau Pinang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan membabitka­n dua motosikal dan kereta itu menyebabka­n seorang mangsa maut, manakala seorang lagi penunggang motosikal turut parah.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa, Ahmad Khairul Ikhwan Ishak yang menunggang motosikal Honda EX5 dari Bagan Tiang menghala Titi Serong.

Seorang penasihat percutian didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pegawai pemasaran dalam pergaduhan di sebuat hotel, di sini, pada awal bulan ini.

Badril Hisham Abu Mansor, 40, dituduh membunuh Tan Chai Soon, 46, di Tingkat Enam Hotel Berjaya Waterfront Stulang Laut, Johor Bahru, jam 1.15 pagi 3 September lalu.

Tertuduh yang memakai kemeja hitam mengangguk faham ketika kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan dan Mohd Azlan Shah menetapkan 12 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula.

Prosiding dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh sampai mati.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pergaduhan antara tertuduh dan mangsa berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan memecahkan belon bagi program promosi pelanconga­n di hotel itu.

Kejadian berlaku ketika lelaki itu bersama rakannya selesai minum di sebuah kelab malam dan naik ke tingkat lima hotel itu.

Berdasarka­n siasatan polis, mangsa memecahkan beberapa belon digantung di tepi pintu bilik serta menarik

digantung gegantung yang dipasang ketika melalui kaki lima di depan bilik pameran yang disewa untuk program promosi pelanconga­n.

Tertuduh yang berada berdekatan bilik pameran menjerit kepada lelaki itu hingga berlaku pertengkar­an sebelum menumbuk muka mangsa bertubi-tubi sehingga parah.

Tertuduh ditahan polis dan mangsa disahkan meninggal dunia jam 5 petang keesokkan harinya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

 Penasihat percutian didakwa bunuh lelaki dalam pergaduhan di hotel

 ??  ?? MANGSA maut dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal, kelmarin.
MANGSA maut dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia