Harian Metro

Di sebalik van 10 sen

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Ikhlas membantu tanpa mengharap bayaran, seorang ahli perniagaan tampil dengan perkhidmat­an Projek Van 10 sen bagi membantu menghantar pesakit tidak berkemampu­an ke hospital atau klinik secara percuma di sekitar Kota Kinabalu.

Achmad Noorasyrul, 30, berkata, sejak dilancarka­n Disember tahun lalu, perkhidmat­an itu mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan penduduk di Sepanggar, Tamparuli, Tuaran dan Beaufort.

Menurutnya, inisiatif terbabit bagi mengurangk­an masalah yang dihadapi masyarakat dalam mendapatka­n kenderaan untuk menjalani rawatan ke hospital berdekatan, di samping kesempitan hidup bagi membiayai kos perjalanan dari rumah ke hospital.

Lepasan bidang pelanconga­n dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak yang juga penyelaras projek itu berkata, dia mendapat idea untuk memulakan perkhidmat­an itu selepas menyedari ramai orang yang tidak mempunyai kemampuan pergi ke hospital.

“Saya bukan berasal daripada golongan berada. Sejak kecil, saya bekerja dan kumpul duit untuk dapatkan sesuatu.

“Ketika masih kecil, saya mengalami kecederaan yang serius, namun disebabkan keluarga tidak memiliki kenderaan, saya tidak dihantar ke hospital.

“Bermula dari itu, saya berniat mahu mengubah nasib keluarga dan seterusnya membantu masyarakat,” katanya.

Menurutnya, Projek Van 10 sen itu sebagai platform di bawah Amal Prihatin Sabah Resources yang membantu golongan memerlukan termasuk miskin tegar, yatim piatu, orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa atau ibu tunggal atau manamana pihak yang tidak memiliki kenderaan untuk pergi ke hospital.

“Menolong orang dalam kesusahan adalah kepuasan. Walaupun tidak mendapat imbuhan daripada mana-mana pihak, ia cukup bermakna.

“Setakat ini, pihak kami turut memberikan perkhidmat­an terbabit kepada tiga pesakit yang mengalami masalah kesihatan kronik dan memerlukan rawatan di hospital selama tiga kali seminggu.

“Walaupun kami tidak kenal mereka, ia bukan penghalang untuk menghulurk­an bantuan. Tidak banyak namun ia memadai untuk membantu

 Kesusahan hidup hingga sukar ke hospital cetus ilham bawa pesakit kurang kemampuan dapatkan rawatan

meringanka­n beban orang dalam kesusahan,” katanya.

Achmad yang juga pemilik Sulaman Eko Resort di Kampung Serusup, Tuaran berkata, Projek Van 10 sen sebagai inisiatif pertama pihaknya untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

“Projek Van 10 sen ini beroperasi setiap hari tanpa mengira masa. Kami berusaha menghulurk­an bantuan sekiranya tiada halangan,” katanya.

 ??  ?? PENGALAMAN lalu memberikan buah fikiran untuk memulakan Projek Van 10 sen.
PENGALAMAN lalu memberikan buah fikiran untuk memulakan Projek Van 10 sen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia