Harian Metro

Penyamun ugut staf bank kebas RM46,000

-

Seorang lelaki bersenjata­kan parang menyamun wang tunai RM46,000 di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini, jam 12.15 tengah hari semalam.

Suspek yang memakai penutup mulut masuk dan mengugut dua petugas di kaunter supaya memasukkan wang tunai ke dalam beg dibawanya sebelum melarikan diri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika waktu rehat dan tiada pelanggan di bank itu.

Pengawal keselamata­n bank berada di dalam pejabat dan hanya menyedari premis

disamun selepas petugas kaunter menekan butang kecemasan dan memaklumka­n mengenai kejadian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, siasatan awal mendapati, suspek berkulit cerah dan tiada sesiapa cedera dalamkejad­ian terbabit.

“Kami masih mengenal pasti identiti suspek. Kami juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkanaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

 ??  ?? ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi.
ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia