Harian Metro

‘Ke manalah Isabelle...’

-

 Gadis genap seminggu hilang tanpa dikesan

“Esok (hari ini), genap seminggu Isabelle menghilang­kan diri namun kami masih belum mendapat sebarang petunjuk lokasi dia berada,” kata Latina, 40-an, ibu kepada pelajar berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluargany­a di Rawang, Gombak, Selasa lalu.

Pada kejadian jam 6 pagi itu, Isabelle yang juga anak tunggal disedari hilang ketika Latina memeriksa bilik tidurnya.

Latina berkata, dia dan suami, Victor, 37, buntu memikirkan keadaan Isabelle.

“Saya gelisah kerana memikirkan hal Isabelle. Banyak perkara bermain di fikiran saya kerana saya bimbang perkara buruk menimpanya.

“Kami tidak pernah berhenti mencarinya di sekitar daerah ini termasuk di ibu kota namun hampa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Latina, dia sanggup berbincang dengan anaknya itu sekiranya ada perkara yang menyebabka­n Isabelle keluar daripada rumah.

“Semua perkara boleh dibawa berbincang sebaik Isabelle pulang. Keselamata­nnya lebih penting daripada segala-galanya. Kami berjanji tidak akan memarahiny­a,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Isabelle diminta menghubung­i Latina di talian 018-6657179 atau Victor di 0111-1264398 selain memaklumka­n di balai polis berhampira­n.

Latina turut melaporkan kehilangan Isabelle di Balai Polis Rawang.

Isabelle yang juga pelajar di sebuah sekolah swasta di Cyberjaya dilihat kali terakhir pada malam sebelum kejadian dengan memakai seluar pendek dan berbaju T.

Dia dikatakan keluar dari rumah tanpa membawa pakaian kecuali telefon bimbit dan kunci rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya masih mengesan lokasi Isabelle.

“Usaha mengesan mangsa dijalankan di beberapa lokasi di daerah ini dan kawasan sekitar,” katanya.

 ??  ?? ISABELLE
ISABELLE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia