Harian Metro

Penyertaan saat akhir bawa tuah

-

Penyertaan di saat akhir disebabkan tuntutan kerja ternyata membawa tuah buat seorang doktor apabila diumumkan juara qariah terbaik sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), di sini, semalam.

Dr Nurul Hassanah Muslim, 27, dari Bahagian Pediatrik, Hospital Umum Sarawak gembira apabila diumumkan pemenang, malah tidak percaya kerana masih ada yang lebih baik berbanding dirinya.

Beliau berkata, penyertaan pertama bersama KKM dalam Majlis Tilawah al-Quran memberi satu pengalaman baru kerana banyak yang perlu diperbaiki dari pelbagai sudut termasuk bacaan dan lain-lain.

“Kejayaan ini cukup menggembir­akan dirinya apabila turut terpilih menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan sebagai hadiah utama,” katanya.

Nurul berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Perasmian Penutup Tilawah al-Quran

Peringkat Kebangsaan

KKM 2017, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Bagi kategori qari terbaik, ia dimenangi doktor dari Hospital Kemaman, Terengganu, Dr Muhammad Hazim Sharum, 28, sekali gus diumumkan qari terbaik keseluruha­n.

Menurutnya, kejayaan itu juga penebus kekalahan pada pertanding­an tahun lalu selepas menduduki tempat ketiga biarpun pernah muncul juara pada 2014.

 ??  ?? DR Nurul Hassanah (kanan) dan Dr Muhammad Hazim bersama anugerah dimenangi mereka.
DR Nurul Hassanah (kanan) dan Dr Muhammad Hazim bersama anugerah dimenangi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia