Harian Metro

Letak sasaran RM6.5b

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Invest Selangor jangka ekonomi terus mencabar, tak menentu Kami masih terus memantau situasi ekonomi semasa sebelum menetapkan sebarang sasaran pelaburan pada tahun depan”

Datuk Hasan Azhari Idris

Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), agensi promosi pelaburan Selangor tidak akan menetapkan sasaran pelaburan yang tinggi untuk dicapai negeri itu pada tahun depan berikutan situasi ekonomi yang dijangka terus mencabar dan tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, pihaknya lebih cenderung mengambil pendekatan terbabit dalam menetapkan sasaran pelaburan tahunan negeri itu seperti sasaran ditetapkan pada tahun ini iaitu RM6.5 bilion.

“Kami masih terus memantau situasi ekonomi semasa sebelum menetapkan sebarang sasaran pelaburan pada tahun depan seperti tahun lalu di mana ia menyaksika­n kami berjaya menjana pelaburan melebihi sasaran RM6 bilion iaitu kepada RM7.8 bilion,” katanya selepas pelancaran Sidang Kemuncak Perniagaan Selangor-ASEAN 2017, semalam.

Acara itu adalah komponen kedua bagi penganjura­n Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor 2017 di mana lebih 20 speaker tempatan dan antarabang­sa berkongsi maklumat dan pengetahua­n mengenai peluang perniagaan di ASEAN serta melakukan pelaburan di Selangor sebagai pintu gerbang kepada rantau terbabit.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Eksekutif Kanan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Industri dan Perdaganga­n, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Pengangkut­an, Datuk Teng Chang Khim.

Pada tahun lalu, Selangor mencatatka­n jumlah pelaburan sebanyak RM7.8 bilion dalam sektor pengilanga­n membabitka­n RM3.3 bilion bagi pelaburan langsung asing (FDI) dan RM4.5 bilion bagi pelaburan langsung domestik (DDI) dengan 242 projek.

Jumlah pelaburan itu adalah peningkata­n daripada sasaran disemak semula agensi terbabit iaitu RM6 bilion pada tahun lalu dengan kluster peralatan pengangkut­an yang merangkumi segmen aeroangkas­a dan automotif menyumbang jumlah pelaburan paling tinggi iaitu RM2.8 bilion pada tahun lalu, diikuti makanan dan minuman (RM1 bilion).

Beliau berkata, pihaknya akan terus berusaha mencapai sasaran pelaburan ditetapkan pada tahun ini iaitu sebanyak RM6.5 bilion, sekali gus terus menjadi penyumbang utama kepada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Menurutnya, Invest Selangor mengambil beberapa langkah aktif dalam memastikan mereka mampu mencapai sasaran ditetapkan melalui fokus kepada lima kluster utama iaitu elektrikal dan elektronik, makanan dan minuman, peralatan dan jentera, sains hayat, dan peralatan pengangkut­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia