ASNB tawar diskaun yuran pendaftaran
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) menawarkan diskaun yuran pendaftaran sebanyak RM100
(termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) kepada pelabur bagi perkhidmatan perancangan harta berkaitan dana amanahnya, Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah, mulai semalam hingga 30 November 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifnya, Mohammad Hussin berkata, yuran biasa adalah RM180 (tidak termasuk GST) dan tawaran istimewa selama tiga bulan itu bertujuan menggalakkan pemegang unit melanggan kedua-dua perkhidmatan dan menguruskan harta dalam bentuk unit amanah ASNB milik mereka. - BERNAMA