Harian Metro

Halimah bakal presiden Singapura

-

Singapura: Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob bakal diumumkan sebagai presiden negara itu yang baru selepas tiada calon lain yang layak bagi merebut jawatan yang dikhaskan untuk orang Melayu itu.

Akhbar Straits Times semalam melaporkan, Halimah adalah satu-satu calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding yang dikeluarka­n Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.

Pengerusi firma perkapalan, Farid Khan, 61, dan ketua eksekutif syarikat hartanah, Salleh Marican, 67, tidak layak untuk bertanding.

Halimah bakal diumumkan menang tanpa bertanding, sekali gus menjadi presiden kelapan tidak lama selepas tempoh penamaan calon ditutup pada tengah hari, esok.

Dia juga bakal menjadi presiden wanita pertama Singapura.

Farid dan Salleh tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat iaitu menerajui syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah S$500 juta (RM1.56 bilion) untuk tempoh tiga tahun terakhir.

Halimah dalam sidang media semalam menyeru semua rakyat bekerjasam­a dengannya untuk menjadikan Singapura lebih kuat.

“Ada pilihan raya atau tidak, keazaman dan komitmen saya untuk berkhidmat demi rakyat Singapura masih sama,” jelasnya. - Agensi

 ??  ?? HALIMAH melambai kepada wartawan ketika tiba di Jabatan Pilihan
Raya di Singapura semalam. - Reuters
HALIMAH melambai kepada wartawan ketika tiba di Jabatan Pilihan Raya di Singapura semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia