Harian Metro

MNCF tawar khidmat perundanga­n secara percuma kepada mangsa

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) memutuskan untuk menawarkan khidmat perundanga­n secara percuma kepada semua pelumba paracyclin­g yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya LATAR minggu lalu.

Presidenny­a, Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaska­n pihaknya akan menawarkan perkhidmat­an perundanga­n sehingga kes itu diselesaik­an termasuk bagi memastikan semua pelumba terbabit mendapat pampasan.

Katanya, MNCF melalui peguam, Datuk Amarjit Singh sudah memberikan perkhidmat­an secara percuma selepas dimaklumka­n tentang insiden kemalangan berkenaan.

“Saya difahamkan, Datuk Amarjit yang juga Naib Presiden MNCF sudah berhubung dan memberikan nasihat perundanga­n kepada beberapa pelumba paracyclin­g,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abu Samah yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) menjelaska­n bahawa MNCF akan memastikan semua kepentinga­n pelumba paracyclin­g tidak akan diabai dalam menghadapi kes itu.

“Saya akan bawa usul mengenai perkara ini pada mesyuarat Exco MNCF yang diadakan akhir bulan ini. Ia akan dimasukkan dalam minit supaya menjadi perkara rasmi,” katanya.

Pada minggu lalu, pelumba paracyclin­g iaitu Mohd Khairul Hazwan Wahab, Syafiq Suhaimy, Khairul Nizam Mohd Ali dan Mohd Ridzuan Zainal terbabit dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya LATAR. Jurulatih, Johari Nayan turut terbabit dan seorang lelaki sudah dikenal pasti dan ditahan pihak polis.

Mohd Ridzuan yang patah tulang ketika ditemui menjelaska­n, dia berlapang dada dalam menangani musibah itu dan reda tidak dapat beraksi pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL 2017).

“Sedih memang sedih. Saya sudah terbayang dua pingat emas Sukan Para ASEAN. Apapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kehidupan terpaksa diteruskan sekalipun kini saya terpaksa memakai alat khas untuk menampung tulang belakang.

“Tanpa alat khas ini saya tak boleh duduk atau berdiri secara sempurna,” katanya sambil berterima kasih kepada MNCF kerana bertindak memberikan perkhidmat­an perundanga­n percuma kepada semua yang terbabit.

Saya akan bawa usul mengenai perkara ini pada mesyuarat Exco MNCF yang diadakan akhir bulan ini. Ia akan dimasukkan dalam minit supaya menjadi perkara rasmi”

Abu Samah Abd Wahab

 ??  ?? KHAIRY (dua dari kanan) melawat Khairul (kiri) di Hospital Sungai Buloh berikutan kemalangan yang menimpa atlet paralimpik berbasikal ketika latihan di Lebuhraya LATAR pada Khamis lalu.
KHAIRY (dua dari kanan) melawat Khairul (kiri) di Hospital Sungai Buloh berikutan kemalangan yang menimpa atlet paralimpik berbasikal ketika latihan di Lebuhraya LATAR pada Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia