Harian Metro

Kerjasama murid, guru gegar pentas

- Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my

Penampilan istimewa M Nasir tarikan utama konsert Wings

Kelainan dan keunikan adalah antara faktor penting dalam penganjura­n sesebuah konsert berskala besar.

Pemilihan lagu, susunan muzik, gimik pentas, sistem bunyi, pencahayaa­n dan artis jemputan antara penyumbang utama kepada dua faktor itu.

Inilah yang terdapat dalam Konsert Wings menampilka­n Datuk M Nasir di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka, Sabtu lalu.

Konsert anjuran Getthis. com sempena Fiesta

Getthis di lokasi yang sama ini dihadiri lebih

2,000 peminat setia Wings yang nyata puas dengan persembaha­n band rock popular itu.

Penampilan istimewa M Nasir adalah tarikan utama konsert berkenaan. Individu yang bertanggun­gjawab dalam banyak penerbitan album dan penciptaan lagu popular Wings itu tampil dengan empat lagu iaitu Rantai, Midnight Blues dan dua lagu popularnya sejak 1980-an iaitu Hati Emas serta Gerhana.

Secara peribadi, penulis berasakan persembaha­n Wings bersama M Nasir dalam lagu Midnight Blues adalah yang paling menarik dalam konsert berkenaan.

M Nasir menyanyika­n lagu ini dalam versinya sendiri, manakala penyanyi Wings, Datuk Awie tampil bermain gitar. Apa yang menarik, Awie turut melakukan solo gitar dengan ‘sound’ blues yang jarang dilakukann­ya sebelum ini.

Untuk rekod, lagu ciptaan dan lirik oleh M Nasir yang dimuatkan dalam album ketiga Wings, Teori Domino itu pernah mencetus kontrovers­i pada 1990 lalu kerana didakwa

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia