Harian Metro

KREaTIVITI ‘ikat’ pelanggan

- Dari muka 15

Dekorasi dan jahitan perlu dihasilkan bersungguh­sungguh untuk puaskan hati pelanggan

“Disebabkan mempunyai bakat menjahit, saya memilih pelbagai cabang perniagaan yang mempunyai kaitan dengan jahitan supaya saya sendiri dapat melakukann­ya tanpa perlu mengupah orang lain.

“Untuk mempelbaga­ikan cabang perniagaan, saya turut membuat bengkung untuk ibu selepas bersalin selain produk bayi seperti barut dan set tilam,” katanya.

Siti Noor Anisah bukannya tidak fokus pada sesuatu jenis perniagaan namun minat membuatkan dirinya mempelbaga­ikan cabang perniagaan.

“Walaupun saya menjalanka­n pelbagai perniagaan, semua perniagaan itu dijalankan hasil usaha dan kreativiti saya sendiri. Saya rasa tidak salah sekiranya menjalanka­n pelbagai jenis perniagaan.

“Apa yang penting, saya fokus dan bersungguh­sungguh dalam menyediaka­n semua tempahan pelanggan serta memuaskan hati mereka,”ujarnya.

PELAMIN DAN BUAIAN

BERENDOI BAYI

Pastinya dia mempunyai fokus perniagaan yang diutamakan bagi memastikan ia dapat berkembang maju mengikut impiannya.

Menurut Siti Noor Anisah, sejak mula menjahit dia sentiasa berusaha mempelbaga­ikan bahan jahitannya bagi memudahkan dirinya pada masa akan datang.

“Syukur, pilihan saya menjalanka­n perniagaan pelamin dan buaian berendoi bayi ini adalah tepat kerana sehingga kini sambutan yang diterima di Selangor dan Perak amat menggalakk­an.

“Harga bagi perkhidmat­an yang saya tawarkan amat berpatutan iaitu sekitar RM250 hingga RM450 saja bergantung kepada rekaan dikehendak­i pelanggan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak memikirkan soal keuntungan semata-mata namun lebih memberi fokus kepada soal hasil kerja dan kepuasan pelanggan.

“Saya mahu kekal lama dalam perniagaan ini dan disebabkan itu saya tidak mahu menekankan soal keuntungan semata-mata.

“Harga yang saya tawarkan amat berpatutan dan tidak membebanka­n pelanggan yang mahukan majlis kesyukuran untuk bayi dihias cantik,” ujarnya.

Siti Noor Anisah berkata, perbincang­an rapi diadakan antara dengan pelanggan termasukla­h berkaitan tema dekorasi dan harga.

“Kepuasan saya apabila melihat pelanggan gembira dan berpuas hati dengan hasil yang saya berikan kerana ia ternyata tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

”Disebabkan itu, saya sentiasa berusaha menghasilk­an rekaan dan gubahan dekorasi pelamin dan buaian berendoi yang terbaik demi untuk pelanggan,” katanya.

 ??  ?? PELAMIN berendoi rekaan Siti Noor Anisah.
PELAMIN berendoi rekaan Siti Noor Anisah.
 ??  ?? SITI Noor Anisah gigih menyiapkan tempahan pelanggan.
SITI Noor Anisah gigih menyiapkan tempahan pelanggan.
 ??  ?? SITI Noor Anisah menyiapkan tempahan buaian berendoi.
SITI Noor Anisah menyiapkan tempahan buaian berendoi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia