Harian Metro

SUMBANGAN MELALUI BELIAN

- Dari muka 15

Touch n Go perkenal

4 kad khas untuk

kebajikan

Baru-baru ini, Touch n Go Sdn Bhd (TNGSB) membuka peluang untuk orang ramai beramal jariah melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka dikenali TNG Cares For You yang memperkena­lkan jualan empat kad dengan reka bentuk khas.

Setiap kad mewakili empat organisasi kebajikan iaitu Projek57, Mercy Malaysia, Charity Right dan The Lost Food Project dengan membawa mesej prihatin untuk kemanusiaa­n, kebuluran, perpaduan dan komuniti.

Kad ini dijual pada harga RM10.60 (termasuk cukai barang dan perkhidmat­an) dan setiap RM1 hasil daripada jualan kad itu yang boleh dibeli mulai 6 Ogos lalu sehingga 31 Disember ini akan disalurkan kepada empat organisasi kebajikan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahruniza­m Samsudin berkata, kempen membeli sambil beramal ini bertujuan memupuk kesedaran kemanusiaa­n dalam masyarakat dengan berkongsi dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Pengeluara­n kad reka bentuk khas TNG Cares For You membuktika­n bahawa kami komited dalam melaksanak­an inisiatif CSR. Usaha ini dapat menyumbang kembali kepada masyarakat dan pada masa sama bekerjasam­a dengan badan kebajikan.

“Sebagai badan kebajikan, sudah tentu mereka amat memerlukan sokongan kewangan untuk melicinkan usaha membantu orang yang kurang bernasib baik. Diharap masyarakat dapat memainkan peranan dan tanggungja­wab mereka untuk membantu golongan terbabit,” katanya pada majlis pelancaran kempen jualan sambil beramal kad berkenaan di Putrajaya.

Turut hadir, pengasas bersama Projek57, Collin Swee dan Syed Sadiq Albar, Ahli Majlis Eksekutif Mercy Malaysia, Profesor Harmandar Singh, Pengarah Projek Charity Rights, Ilya Yamani dan Penasihat Projek, The Lost Food Project, James Beltran.

Syahruniza­m berkata, setiap reka bentuk kad adalah berbeza dengan visual yang tersendiri mengikut mesej diwakili empat organisasi kebajikan berkenaan untuk pilihan orang ramai.

“Kad ini berfungsi sama seperti kad Touch n Go lain dan orang ramai boleh menggunaka­nnya sebagai mod e-pembayaran di pelbagai premis yang menawarkan kemudahan bayaran tanpa tunai di seluruh negara,” katanya. -Zaitie Satibi

 ??  ?? INFO
KANAK-KANAK yang
menerima bantuan makanan berkhasiat daripada The Lost
Food Project. INFO BADAN KEBAJIKAN
1. Mercy Malaysia - Ditubuhkan pada Jun 1999 oleh pengasasny­a, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood rentetan daripada Perang Kosovo membabitka­n...
INFO KANAK-KANAK yang menerima bantuan makanan berkhasiat daripada The Lost Food Project. INFO BADAN KEBAJIKAN 1. Mercy Malaysia - Ditubuhkan pada Jun 1999 oleh pengasasny­a, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood rentetan daripada Perang Kosovo membabitka­n...
 ??  ?? PROJEK57 yang singgah melawat kanak-kanak Persatuan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishn­a, Melaka, dalam satu acara kayuhan.
PROJEK57 yang singgah melawat kanak-kanak Persatuan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishn­a, Melaka, dalam satu acara kayuhan.
 ??  ?? SYAHRUNIZA­M (tiga dari kanan) bersama replika empat kad Touch n Go dengan reka bentuk khas mewakili empat badan kebajikan.
SYAHRUNIZA­M (tiga dari kanan) bersama replika empat kad Touch n Go dengan reka bentuk khas mewakili empat badan kebajikan.
 ??  ?? BADAN kebajikan, Charity Right, yang turut serta dalam kempen jualan kad sambil beramal untuk mengumpul dana mereka.
BADAN kebajikan, Charity Right, yang turut serta dalam kempen jualan kad sambil beramal untuk mengumpul dana mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia