Harian Metro

LAHIR GADIS BERKEYAKIN­AN

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Standard Chartered Bank Malaysia melancarka­n program ‘Goal’ yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa, di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Pudu.

Program dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat Dr Faridah Awang dan disaksikan bersama pasukan bola jaring negara.

Melalui gabungan latihan sukan dan kemahiran hidup, ‘Goal’ bertujuan memperkasa dan melengkapk­an gadis remaja dengan keyakinan, pengetahua­n dan kemahiran yang mereka perlukan untuk menjadi pemimpin ekonomi yang penting dalam keluarga, masyarakat dan komuniti.

Program ‘Goal’ dicipta untuk kanak-kanak perempuan berusia 13 hingga 17 tahun yang berasal dari komuniti kurang bernasib baik.

Seramai 2,500 pelajar perempuan dari 50 buah sekolah menengah di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dikenal pasti untuk menyertai program ini.

‘Goal’ dijalankan bersama rakan kerjasama Standard Chartered Bank, WOMEN:girls yang juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mengawasi pemantauan dan penilaian program berkenaan.

Kurikulum ini berdasarka­n modul latihan, dengan pembelajar­an berasaskan permainan melalui sukan bola jaring.

Modul ‘Goal’ merangkumi pendidikan kewangan, komunikasi, kebersihan dan kemahiran hidup yang secara kolektif berusaha memberi kuasa dan meningkatk­an keyakinan gadis remaja.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Standard Chartered

Bank Malaysia Mahendra Gursahani berkata, matlamat utama projek ‘Goal’ adalah untuk merapatkan jurang antara lelaki dan wanita dalam masyarakat:

“Kami menyedari kesaksamaa­n jantina adalah penting untuk pertumbuha­n ekonomi. Mendidik anak perempuan dan memberi mereka alat untuk membentuk masa depan sendiri mempunyai kesan luar biasa terhadap komuniti dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Dr Faridah berkata, gadis remaja kini menghadapi masalah sosial yang menghalang mereka daripada mencapai potensi diri.

“Walaupun kementeria­n sentiasa berusaha menangani isu sosial ini melalui program kami untuk pemberdaya­an dan pembanguna­n wanita, kami sentiasa menggalakk­an inisiatif daripada pihak badan korporat seperti program ini.

“Ia bakal menjadi antara program penting bagi visi kami untuk mencapai kesaksamaa­n jantina sebagai asas negara maju,” katanya.

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang dijalankan ketika program pelancaran program ‘Goal’ . Kami menyedari kesaksamaa­n jantina adalah penting untuk pertumbuha­n ekonomi. Mendidik anak perempuan dan memberi mereka alat untuk membentuk masa depan sendiri mempunyai kesan luar biasa terhadap komuniti dan masyarakat
ANTARA aktiviti yang dijalankan ketika program pelancaran program ‘Goal’ . Kami menyedari kesaksamaa­n jantina adalah penting untuk pertumbuha­n ekonomi. Mendidik anak perempuan dan memberi mereka alat untuk membentuk masa depan sendiri mempunyai kesan luar biasa terhadap komuniti dan masyarakat
 ??  ?? MAJLIS pelancaran program ‘Goal’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Pudu.
MAJLIS pelancaran program ‘Goal’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Pudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia